Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai kambing harga dua kupang.

Bermaksud :

Tingkah lakunya seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kualiti Hebat Pada Harga Jimat!Harga Promosi RM1012709/2015Kualiti Hebat Pada Harga Jimat!Harga Promosi RM10Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201504/06073Lulus07/04/201509/04/201517:11:30
GADGET TIGER13750/2017White Tiger a.k.a Albino tiger merupakan haiwan eksotik yang istimewa. Begitu juga syarikat kami yang menawarkan harga-harga istimewa kepada pengemar aksesori telefon dengan harga yang murahMajlis Perbandaran KajangTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201703/16200Lulus14/03/201715/03/201711:28:31
HARGA SERENDAH RM5037503/2016BILIK SELESA DENGAN HARGA BERPATUTAN HARGA SERENDAH RM 50 HUBUNGI 05-3128588/05-3112829TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/07951Lulus02/08/201603/08/201608:04:29
HARGA SERNEDAH RM 5037502/2016BILIK SELESA DENGAN HARGA BERPATUTAN HARGA SERENDAH RM 50 HUBUNGI 05-3128588/05-3112829TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/07953Lulus02/08/201603/08/201608:05:11
PROMOSI CUTI SEKOLAH41403/2016Promosi Cuti Sekolah Harga Asal RM47.90 + Harga Asal RM20 = RM50 Harga Asal RM67.90 JIMAT RM17.90 *Tertakluk pada terma dan syarat * Sementara stok masih ada BONANZA U 1 Jun - 30 Sept. 2016 Tarikh cabutan: 12 Okt. 2016 Hadiah Utama X1 Perodua AxPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/11214Lulus21/08/201622/08/201609:11:15
GOLDEN ROOF HOTEL SERI ISKANDAR - HARGA HEBAT25372/2016-BILIK SELESA DENGAN HARGA BERPATUTAN -HARGA BILIK SERENDAH RM48 -HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN +605-3714378 -TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT -CARI KAMI DAN SENTIASA BERHUBUNGMajlis Daerah Perak TengahPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201605/12677Lulus24/05/201625/05/201610:05:40
Laman Beringin Billboard49447/2015RUMAH TERES 2 TINGKAT HARGA JUALAN DARIPADA HARGA BUMIPUTERA RM452,200 HARGA JUALAN AWAM RM516,000 15% DISKAUN UNTUK BUMIPUTERA HAK MILIK KEKAL 15% DISKAUN UNTUK BUMIPUTERAMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/07044Lulus03/12/201507/12/201508:25:00
Laman Beringing Billboard 25ft x 35ft41516/2015RUMAH TERES 2 TINGKAT HARGA JUALAN DARIPADA HARGA BUMIPUTERA RM452,200 HARGA JUALAN AWAM RM516,000 HAK MILIK KEKAL • 15% DISKAUN UNTUK BUMIPUTERA Nama Projek : Taman Rinting (Laman Beringin) . No. Lesen Pemaju: 2387-13/09-2016/0939(L) . TempoMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201510/09151Lulus19/10/201520/10/201512:31:40
Laman Beringing Billboard 25ft x 35ft41506/2015RUMAH TERES 2 TINGKAT HARGA JUALAN DARIPADA HARGA BUMIPUTERA RM452,200 HARGA JUALAN AWAM RM516,000 HAK MILIK KEKAL • 15% DISKAUN UNTUK BUMIPUTERA Nama Projek : Taman Rinting (Laman Beringin) . No. Lesen Pemaju: 2387-13/09-2016/0939(L) . TempoMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201510/09144Lulus19/10/201520/10/201512:00:17
Pizza Hut Signature Series10776/2015Nik Michael Chef Selebriti “Kualiti Hebat Pada Harga Jimat!” Harga Promosi RM10 Barbeque Bang, Pepperoni Perfetto, Seriously Siracha, Italian Primo, Fisherman’s Catch *Harga promosi hanya sah untuk makan di restoran dan bawa balik sahaja.Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/07858Lulus25/03/201526/03/201514:21:45
12345678910...

Kembali ke atas