Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pusat pakaian Hari hari32555/2017ya, hanya di pusat pakaian hari hariMajlis Daerah BesutPakaianTiadaDBP/KPB/201706/14512Lulus28/05/201701/06/201715:37:32
Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd. @ Corridor Signboard59783/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201611/14962Lulus28/11/201629/11/201610:18:57
Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd. @ Horizontal Signboard59782/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201611/14961Lulus28/11/201629/11/201610:18:29
Hari-Hari Loc. 69, Permaisuri, Kuala Lumpur (Corridor Signboard)56509/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd.Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/12163Lulus11/11/201614/11/201609:03:30
Hari-Hari Loc. 69, Permaisuri, Kuala Lumpur (Horizontal Signboard)56508/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Snd. Bhd.Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/12162Lulus11/11/201614/11/201609:03:08
Pusat Pakaian Hari Hari Sdn. Bhd. @ Loc 22 Vertical Double Side Signage7317/2017Pusat Pakaian Hari Hari Sdn. Bhd.Majlis Perbandaran SelayangPakaianTiadaDBP/KPB/201702/11414Lulus13/02/201714/02/201709:16:08
Hari-Hari Loc. 72, Taman Sri Manja, Petaling Jaya (Corridor Signboard)56512/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd.Majlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/12175Lulus11/11/201614/11/201609:08:25
Hari-Hari Loc. 72, Taman Sri Manja, Petaling Jaya (Horizontal Signboard)56510/2016Pusat Pakaian Hari - Hari Sdn. Bhd.Majlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/12169Lulus11/11/201614/11/201609:05:59
KEDAI SERBANEKA CERIA HARI-HARI ENT (M) SDN BHD52053/2016KEDAI SERBANEKA CERIA HARI-HARI ENT (M) SDN BHDMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/14053Lulus20/10/201621/10/201618:02:31
Hari Hari Loc 15, Sri Selayang S116905/2017Wah, Seronoknya Raya!Majlis Perbandaran SelayangPakaianTiadaDBP/KPB/201703/18129Lulus22/03/201723/03/201713:09:33
12345678910...

Kembali ke atas