Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ra/] | جارق

Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar (biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda (keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha mul­tifida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat minyak), Ricinus communis. minyak ~ a. minyak yg dibuat drpd buah jarak (biasanya digunakan utk minyak pelita dll). b. minyak utk mencuci perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BESI (IRON) UNTUK SATU JARAK , DUA CARA UNTUK BERMAIN21571/2017BESI (IRON) UNTUK SATU JARAK DUA CARA UNTUK BERMAINMajlis Bandaraya Petaling JayaSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201704/15922Lulus11/04/201713/04/201710:32:04
PUSAT OPERASI JARAK JAUH (REMOTE OPERATING CENTRE)21783/2014NAMA INI DIPILIH KERANA IA MERUPAKAN PUSAT OPERASI JARAK JAUH BAGI KAWASAN ASIA.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201409/04532Lulus18/09/201422/09/201410:44:50
Kedai Pakaian6726/2016Kedai Pakaian pakaian vintaj OMB vintage clothing Dimiliki oleh: MSS Hijrah Sdn. Bhd. *Nota: tulisan 'Sdn.' di dalam gambar memang tiada jarak tetapi nampak seakan-akan ada jarak.Majlis Daerah Kuala SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201602/08015Lulus16/02/201616/02/201616:12:29
TAMAN CHERATING PERDANA3350/2016TAMAN CHERATING PERDANA, MUKIM SUNGAI KARANG,KUANTAN FASA 1, HAK MILIK KEKAL, RUMAH TERES 1 TINGKAT, RM188, 000 KE ATAS, HIGHLIGHTS, JARAK 1.5KM KE SMK CHERATING, JARAK 1.5KM KE SM. SG. BAGING, BERTENTANGAN HOLIDAY VILLA BERHAMPIRAN DENGAN BALAIMajlis Perbandaran KemamanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201601/10339Lulus26/01/201626/01/201610:55:02
TAMAN CHERATING PERDANA3349/2016TAMAN CHERATING PERDANA, MUKIM SUNGAI KARANG,KUANTAN FASA 1, HAK MILIK KEKAL, RUMAH TERES 1 TINGKAT, RM218, 000 KE ATAS, HIGHLIGHTS, JARAK 1.5KM KE SMK CHERATING, JARAK 1.5KM KE SM. SG. BAGING, BERTENTANGAN HOLIDAY VILLA BERHAMPIRAN DENGAN BALAMajlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201601/10338Lulus26/01/201626/01/201610:54:06
KUASA KAWALAN BAHARU38797/2016JARAK YANG EKSTREM DI BAWAH KAWALAN ANDAMajlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/09235Lulus09/08/201610/08/201609:23:55
Banting Taylors College26441/2015alamat, website, jarak, no telMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/06855Lulus01/07/201507/07/201512:16:39
D'YANA32827/2014AKAN DIBUKA HANTAR KE UNTUK TAWARAN ISTIMEWA JARAK 27 DISEMBER 2014 NAMAMajlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201412/05871Lulus23/12/201426/12/201408:53:36
KSL - Maple Residences22646/2015PEGANGAN KEKAL Fasa 1 Maple Residences Jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah KSL City Mall @ Klang 4km dari siniMajlis Perbandaran KlangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/07454Lulus12/06/201515/06/201507:25:55
Papan Adang Sky Habitat (1)34878/2016- Unit Terhad - Pegangan Kekal - Berkepadatan Rendah - Jarak Dekat Dari CIQ - Nota: Semua pentafsiran, ilustrasi, gambar, perabot dan unit yang dipaparkan, serta kemudahan atau aksesori landskap yang ditunjukkan hanyalah untuk ilustrasi sahaja dan tidMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11224Lulus21/07/201622/07/201608:18:42
12

Kembali ke atas