Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.mat] | جيمت

Definisi : I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : ® azimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimatan perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. penjimat orang yg jimat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jimat
Kata Terbitan : berjimat, menjimatkan, kejimatan,

Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROMOSI JIMAT-JIMAT23856/2014PROMOSI JIMAT-JIMATMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201410/04518Lulus08/10/201409/10/201410:23:39
selera jepun nilai terhebat25906/2014Jimat - jimatMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201410/06064Lulus27/10/201428/10/201408:28:32
BASIKAL ELEKTRIK32671/2017JIMAT PETROL JIMAT WANG JIMAT TENAGA PERJALANAN LEBIH JAUHTiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201706/14441Lulus01/06/201701/06/201712:17:22
Basikal elektrik52905/2016Stonbike Basikal elektrik www.stonbike.com.my MTB2601 BREEZE FASHION WIND CITY1602 3WHELL Jimat Petrol Jimat Wang Jimat Tenaga Lebih Jauh 012-7411967 016-7776058 (Alice)Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14717Lulus25/10/201626/10/201614:13:20
McSavers6083/2014Jimat Hebat. Jimat Sebanyak 40%.Dewan Bandaraya Kuching UtaraMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201403/04535Lulus28/03/201428/03/201415:36:43
everclean laundry shop429/2015jimat wang,jimat masa,mudah diguna,wifi percumaMajlis Perbandaran Alor GajahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201501/04414Lulus07/01/201508/01/201508:07:52
Kedai Dobi Bubble Laundrette21292/2015Kedai Dobi Layan Diri. Jimat Masa. Jimat Wang.Majlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/06468Lulus03/06/201505/06/201510:18:00
Kedai Dobi Bubble Laundrette13335/2016Kedai Dobi Bubble Laundrette Layan Diri. Jimat masa. Jimat wang. Save time. Save money.Majlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201603/11855Lulus22/03/201623/03/201609:36:45
Dobi16375/2015Kedai Dobi Layan diri DOBI NO. 1 DI KUANTAN JOM CUCU JIMAT BELANJA JIMAT MASA MUDAH DIGUNAKAN Sekarang Semua Boleh Cuci Bila-bila Masa Lokasi: Bersebelahan Pejabat POS Air PutihMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/08955Lulus28/04/201530/04/201514:00:57
JOM JIMAT!46328/2015Jom Jimat! 14 Nov. - 31 Dis. 2015 Jangan lepaskan tawaran hujung tahun ini! Tawaran Servis - 10% diskaun untuk alat ganti terpilih - Dapatkan 500 UKoin - Dapatkan 35 UKredit Diskaun GearUp - Jimat untuk pakel Axia/Myvi terpilih Percuma jaket ekskPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/08387Lulus17/11/201519/11/201515:36:56
12345678910...

Kembali ke atas