Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lang] | کالڠ

Definisi : gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan ber­bantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalas­kan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mem­pertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; ~-kabut a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; kalangan 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Terbalik kalang.

Bermaksud :

Pendapat yang berlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI MAKAN KALANG-KABUT22143/2016KEDAI MAKAN KALANG-KABUT JM0715927-P SARAPAN PADI, MAKAN TENGAHARI MASAKAN PANAS, WESTERN DAN LAIN-LAIN SEDIA MENERIMA TEMPAHAN 017-7433477 (ZAM) 012-7494910 (ROZY) DIURUSKAN OLEH: ROZYLAN ENTERPRISEMajlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/09946Lulus09/05/201610/05/201608:21:23

Kembali ke atas