Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)

135

Squeezed between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JUALAN AYAM KAMPUNG25934/2015HANC ROSLAN AYAM KAMPUNG FROZEN JUALAN AYAM KAMPUNG HUBUNGI KAMI: 012-7784049/0107714049/07-7710764 (EN. UDA) (PEJABAT)Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/06531Lulus27/06/201506/07/201509:35:05
Bancian SEACO 201717225/2017Pusingan Kemas Kini April 2017 - Ogos 2017 Kami akan membuat bancian kesihatan di setiap rumah: Kampung Jawa, Kampung LogahPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/14283Lulus05/04/201705/04/201715:28:12
Bancian SEACO 201717223/2017Pusingan Kemas Kini April 2017 - Ogos 2017 Kami akan Membuat Bancian Kasihatan bagi Setiap Rumah di: Kampung Gubah, Kampung Bukit LintangPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/19288Lulus29/03/201729/03/201715:56:13
Bufet Santai Kampung10887/2014Bufet “Santai Kampung” 29 Jun sehingga 26 Julai 2014 Lebih 150 jenis hidangan Melayu kampung yang lazat dan menyelerakan Dewasa: RM58+ Kanak-kanak: RM28+ Promosi istimewa – Bayar 5 dewasa, percuma 1 Hubungi 07-822 2222 untuk tempahan atau layarMajlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201405/05009Lulus27/05/201428/05/201409:10:13
RESTORAN GARUDA BARU5761/2014RESTORAN GARUDA BARU MASAKAN MINANG ISTIMEWA NASI PADANG, AYAM RENDANG KAMPUNG, AYAM GORENG KAMPUNG, SOTO PADANG, SATE PADANG MAK YU, SUP EKOR, SUP KAKI SAPITiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201403/04353Lulus26/03/201427/03/201408:18:28
NURUL MUHIBBIN12161/2015PUSAT PENGAJIAN DAN RAWATAN NURUL MUHIBBIN 019 - 768 1405 No 8. Tingkat Atas, Jalan Kampung Majid 16, Taman Kampung Majid, 86000 Kluang, Johor.Majlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201507/07027Lulus08/07/201508/07/201513:45:16
kampung delight21433/2017RESTORAN Kampung delight oleh ZNS CATERING & SERVICESDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/15834Lulus11/04/201713/04/201709:15:00
selera kampung31634/2017selera kampungMajlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201706/14569Lulus01/06/201702/06/201707:47:02
Restoran Kampung Paya28547/2015Restoran Kampung PayaMajlis Perbandaran Port DicksonMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08161Lulus16/07/201522/07/201511:42:40
Cendawan Kampung6187/2015Cendawan KampungMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/06300Lulus25/02/201525/02/201514:51:01
12345678910...

Kembali ke atas