Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rib] | قريب

Definisi : 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengerat­kan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rib] | قريب

Definisi : 1 keluarga atau saudara-mara yg rapat dgn kita. 2 rapat (bkn persahabatan); erat: sahabat ~ sahabat yg rapat. mengaribkan menjadikan rapat atau erat (bkn persahabatan, perhubungan dsb); merapatkan; mengeratkan. kekariban keadaan karib (persabahatan dll); keeratan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karib (adjektif)
1. Dalam konteks saudara
bersinonim dengan dekat, rapat sepupu, kerabat, kemanakan, ibu saudara, bapa saudara, datuk, nenek, cucu,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks sahabat
bersinonim dengan erat, rapat, baik, mesra, ikrab, intim, konco, kamceng, geng, komrad,

Kata Terbitan : berkarib, mengaribi, mengaribkan, kekariban,

Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pejabat Urusan SAHABAT KARIB SDN. BHD.21465/2017Nama yang telah didaftarkan.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/16833Lulus17/04/201718/04/201709:30:25

Kembali ke atas