Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PELUANG PEKERJAAN27901/2016- Pendapatan kasar hingga RM 1000 ++ - Bayaran elaun kerja lebih masa - Elaun syif tengah malam - Elaun kedatangan - Elaun dobi - Bonus dan kenaikan gaji tahunan - Caruman KWSP dan SOCSO - Rawatan perubatan klinik dan hospital - Asrama (LelakMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/10507Lulus06/06/201607/06/201613:39:52
TEMU DUGA TERBUKA29113/2016• Pendapatan kasar hingga RM 1000 ++ • Bayaran elaun kerja lebih masa • Elaun syif tengah malam • Elaun kedatangan • Elaun dobi • Bonus dan kenaikan gaji tahunan • Caruman KWSP dan PERKESO • Rawatan perubatan klinik dan hospital • Asrama (LelakiMajlis Daerah TampinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11550Lulus12/06/201613/06/201608:53:56
TEMU DUGA TERBUKA29112/2016• Pendapatan kasar hingga RM 1000 ++ • Bayaran elaun kerja lebih masa • Elaun syif tengah malam • Elaun kedatangan • Elaun dobi • Bonus dan kenaikan gaji tahunan • Caruman KWSP dan PERKESO • Rawatan perubatan klinik dan hospital • Asrama (LelakiMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11548Lulus12/06/201613/06/201608:53:32
TEMU DUGA TERBUKA29111/2016• Pendapatan kasar hingga RM 1000 ++ • Bayaran elaun kerja lebih masa • Elaun syif tengah malam • Elaun kedatangan • Elaun dobi • Bonus dan kenaikan gaji tahunan • Caruman KWSP dan PERKESO • Rawatan perubatan klinik dan hospital • Asrama (LelakiMajlis Daerah Kuala PilahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11547Lulus12/06/201613/06/201608:52:51
Sunpower MPAG46175/2016AUO SUNPOWER GAJI KASAR RM1600++ DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN * Berkuat kuasa setelah disahkan jawatan Hubungi : (012) 6283 688 TEMU DUGA TERBUKA OPERATOR WANITA Lokasi : AUO Sunpower Sdn. Bhd. Rembia Alor Gajah Tarikh : Rabu hinggaMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/11432Lulus21/09/201622/09/201614:23:16
Sunpower MDT46172/2016AUO SUNPOWER GAJI KASAR RM1600++ DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN * Berkuat kuasa setelah disahkan jawatan Hubungi : (012) 6283 688 TEMU DUGA TERBUKA OPERATOR WANITA Lokasi : AUO Sunpower Sdn. Bhd. Rembia Alor Gajah Tarikh : Rabu hinggaMajlis Daerah TampinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/11246Lulus20/09/201621/09/201614:19:37
Sunpower MPJ46171/2016AUO SUNPOWER GAJI KASAR RM1600++ DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN * Berkuat kuasa setelah disahkan jawatan Hubungi : (012) 6283 688 TEMU DUGA TERBUKA OPERATOR WANITA Lokasi : AUO Sunpower Sdn. Bhd. Rembia Alor Gajah Tarikh : Rabu hinggaMajlis Perbandaran JasinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/11245Lulus20/09/201621/09/201614:19:03
Sunpower Banner2044/2017SUNPOWER GAJI KASAR RM1600++ DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN *Berkuat kuasa setelah disahkan jawatan HUBUNGI : (012) 6283 688 TEMU DUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN WANITA Lokasi : SunPower Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. Tarikh : Isnin hingga JumaatMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13075Lulus13/01/201716/01/201709:22:04
TEMU DUGA TERBUKA29114/2016• Pendapatan kasar hingga RM 1000 ++ • Bayaran elaun kerja lebih masa • Elaun syif tengah malam • Elaun kedatangan • Elaun dobi • Bonus dan kenaikan gaji tahunan • Caruman KWSP dan PERKESO • Rawatan perubatan klinik dan hospital • Asrama (LelakiMajlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/11556Lulus12/06/201613/06/201608:56:15
PELUANG PEKERJAAN10507/2017PELUANG PEKERJAAN! PENGAWAL KESELAMATAN GAJI KASAR RM1750.00 PINJAMAN HARIAN PENDAHULUAN GAJI EPF SOCSOMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/14206Lulus27/02/201728/02/201711:26:11
123

Kembali ke atas