Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ris] | کريس

Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ris] | کريس

Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)

599

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA KERIS KU DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN57414/2016TADIKA KERIS KU DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN ALIRAN INGGERIS SEJAK 2003Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201611/12972Lulus16/11/201617/11/201608:47:05
Jalan Keris Bunting30666/2015TiadaTiadaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201508/05185Lulus04/08/201506/08/201510:46:36
TADIKA KERIS KU21910/2014DI BUKA UNTUK PENDAFTARANMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201409/04604Lulus18/09/201422/09/201415:38:27
Smart Reader41774/2015TAMAN KERIS EMAS, SUNGAI UDANG PUSAT PERKEMBANGAN MINDA (TADIKA DAN TUSYEN)Majlis Bandaraya Melaka BersejarahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/09271Lulus20/10/201521/10/201508:18:55
SMART READER KIDS41369/2015DAFTAR SEKARANG! TAMAN KERIS EMAS, SUNGAI UDANGMajlis Bandaraya Melaka BersejarahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/09514Lulus21/10/201522/10/201508:10:44

Kembali ke atas