Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas I

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KERTAS HIAS DINDING23005/2017KERTAS HIAS DINDINGMajlis Daerah RembauHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16932Lulus17/04/201718/04/201712:52:42
kertas dinding korea32279/2014kertas dinding koreaMajlis Perbandaran KluangPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201412/05607Lulus23/12/201423/12/201410:56:20
KILANG KERTAS TISU37529/2016KILANG KERTAS TISUMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08678Lulus05/08/201608/08/201609:37:13
PERUSAHAAN PERCETAKAN KERTAS10256/2014PERUSAHAAN PERCETAKAN KERTAS NOJIMO CREATIVE (M) SDN. BHD. (1081934-H)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahMedia CetakTiadaDBP/KPB/201405/04340Lulus19/05/201420/05/201411:15:23
Kedai Kertas Hias Dinding32489/2014Kedai Kertas Hias DindingMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05465Lulus19/12/201422/12/201414:19:05
KILANG KOTAK KERTAS15811/2015KILANG KOTAK KERTAS FMS KOTAK GEMILANG ENTERPRISEMajlis Perbandaran Subang JayaBarangan dan Pakaian BayiTiadaDBP/KPB/201504/08565Lulus28/04/201528/04/201514:28:42
PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS8379/2014PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS MINLY PAPER SDN. BHD. 28, JALAN BRUNEI SELATAN PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: MINLY PAPER SDN. BHD. (689044-K)Dewan Bandaraya Kuala LumpurAlat TulisTiadaDBP/KPB/201404/04575Lulus26/04/201428/04/201409:38:46
PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS8378/2014PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS MINLY PAPER SDN. BHD. 28, JALAN BRUNEI SELATAN PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: MINLY PAPER SDN. BHD. (689044-K)Dewan Bandaraya Kuala LumpurAlat TulisTiadaDBP/KPB/201404/04574Lulus26/04/201428/04/201409:38:24
PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS8377/2014PEMBORONG KERTAS, SAMPUL SURAT DAN ALAT TULIS MINLY PAPER SDN. BHD. 28, JALAN BRUNEI SELATAN PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: MINLY PAPER SDN. BHD. (689044-K)Dewan Bandaraya Kuala LumpurAlat TulisTiadaDBP/KPB/201404/04573Lulus26/04/201428/04/201409:38:08
Kilang Produk Kertas3826/2014KILANG PRODUK KERTAS FEP LOGO FAR EAST PAPER PRODUCTS SDN. BHD. AL. 2355, JLN KAMPUNG BARU, KG. BARU CINA, 40160 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/03254Lulus05/04/201407/04/201407:40:43
12345678910...

Kembali ke atas