Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.ban] | قربان

Definisi : Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.ban] | قربان

Definisi : 1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korban (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penyembelihan: pemberian, penyerahan,

2. Bersinonim dengan sasaran: mangsa

3. Bersinonim dengan pujaan: persembahan kepada dewa

Kata Terbitan : berkorban, mengorbankan, terkorban, pengorbanan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH31768/2015PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH D’CAMBODIA 2015 ( 23 - 26 SEPTEMBER 2015) Bersama Ustaz Hj. Mohammad Nazri Dewa Al-Hafiz - Penasihat Agama Program Korban & Akikah D’Cambodia - Pensyarah Al-Quran - USIM/Mantan Kalam Suci / Pengacara Soal Jawab Haji / PenasMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05998Lulus11/08/201513/08/201511:38:56
IBADAH KORBAN PALESTIN DAN SYRIA40399/2016IBADAH KORBAN PALESTIN DAN SYRIAMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/10532Lulus16/08/201617/08/201612:28:21
Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian34761/2016Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian Baka Lembu: Brahman Cross Berat purata: 180 - 300 kg. Umur: 2 tahun ke atas Hubungi: Zalifah (019-626 1245) Farah (012-216 5279) Amir (018-904 0691)Majlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10984Lulus19/07/201620/07/201615:04:15
Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian34760/2016Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian Baka Lembu: Brahman Cross Berat purata: 180 - 300 kg. Umur: 2 tahun ke atas Hubungi: Zalifah (019-626 1245) Farah (012-216 5279) Amir (018-904 0691)Majlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10985Lulus19/07/201620/07/201615:04:34
Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian34758/2016Lembu untuk Korban, Akikah dan Majlis Keraian Baka Lembu: Brahman Cross Berat purata: 180 - 300 kg. Umur: 2 tahun ke atas Hubungi: Zalifah (019-626 1245) Farah (012-216 5279) Amir (018-904 0691)Majlis Perbandaran SelayangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10983Lulus19/07/201620/07/201615:03:34
Korban bersama palestin31864/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/06135Lulus12/08/201514/08/201515:23:16
KORBAN DAN AKIKAH11107/2014TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201405/04940Lulus27/05/201427/05/201412:17:11
IBADAH KORBAN509/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201610/12142Lulus14/07/201611/10/201618:17:18
Ibadah Korban32663/2016TiadaMajlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/09452Lulus01/07/201611/07/201609:14:40
banner korban bersama palestin31865/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/06122Lulus12/08/201514/08/201515:03:44
12

Kembali ke atas