Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : ; ~ lawang sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum culilawan; ~ manis sj tumbuhan (pokok), kayu manis, Cinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); akar ~ manis sj tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, Albizzia myriophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1 lapisan yg di sebelah luar tubuh manusia (binatang, buku dll): ~nya hitam manis. ~ buaya dpt dibuat kasut. ~ buku itu tebal. 2 bahagian luar yg menyaluti buah-buahan (batang pokok, telur dll): ~ buah durian berduri-duri. ~ kayu itu tebal dan keras. ~ ari a. selaput yg tipis pd isi kelapa (beras dll). b. lapisan kulit tipis (pd tubuh manusia). ~ bumi lapisan yg di sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu, tanah dll. ~ kayu manis kulit kayu yg manis dan pedas rasanya (biasanya dijadikan ramuan dlm masakan). berkulit mempunyai kulit; ada kulitnya: Pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis. Buku yg dibawanya itu tidak ~. mengulit bersalin atau bertukar kulit (bkn ular dll). menguliti 1 menyiat atau membuang kulit binatang yg disembelih dll. 2 memberi berkulit (bkn buku dsb): Kerjanya ~ buku. perkulitan tempat menyamak kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Kulit hitam orang tengok,
     tulang putih siapa jenguk.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MBH Beauty33858/2015Rawatan Wajah (untuk semua jenis kulit) Kulit Berjerawat Kulit Kendur Pigmentasi Harga Promosi Hanya RM38Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/05397Lulus26/08/201501/09/201511:36:50
Penjagaan Kulit Muka19791/2014• Penjagaan kelembapan kulit dengan jeli khusus 特别果冻保湿护理 • Khusus untuk musim panas 特别时刻夏日季节 • Kelembapan 保湿 • Mengecilkan liang roma 毛孔收缩 • Pemutihan kulit 美白 • Tona kulit sekata 平均色素Majlis Perbandaran MuarPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201409/03012Lulus28/08/201402/09/201408:44:36
Promosi Tahun Baru Cina1248/2015Promosi Tahun Baru Cina • Menggunakan mesin rawatan kulit muka | 脸部结实仪器治疗 • Kulit lebih tegang dan anjal | 结实皮肤 Hanya RM78 Harga Asal原价RM188 • Membaiki kulit yang kasar, kering dan kusam | 修复肌肤 • Mencerahkan kulit| 美白 • Meningkatkan metabolismeMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05136Lulus16/01/201516/01/201511:05:32
PUSAT KULIT & KECANTIKAN53295/2015PUSAT KULIT DAN KECANTIKAN ESTETIK LASER KEDUTAN KULIT PORI-PORI BESAR JERAGAT/PIGMENTASI JERAWAT PARUT TAHI LALAT PEMBUANGAN BULU PEMBUANGAN TATU PENEGANGAN KULIT PRP ACID HYALURONIK PELANGSINGAN BADAN TERAPI CUCI USUSMajlis Daerah SegamatPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201512/10208Lulus30/12/201531/12/201508:17:36
PUSAT KUSYEN KERETA30770/2016PUSAT KUSYEN KERETA YB CAR CUSHION ENTERPRISE PAKAR MEMBAIKI KUSYEN, KARPET, KULIT, UPHOLSTERI, KULIT PINTU DAN CUCI KUSYEN KERETA Dimiliki oleh: YB CAR CUSHION ENTERPRISE No. Lesen MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/13165Lulus23/06/201623/06/201614:55:39
MiraQ HQ56075/20161. kulit kusam 2. tona kulit tidak sekata 3. hiperpigmentasi 4. bintik hitamMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201611/12056Lulus10/11/201612/11/201619:38:19
PUSAT PERCETAKAN25712/2015PENCETAKAN | FOTOKOPI | TESIS KULIT KERAS | PENCETAKAN KULIT KERAS | PENJILIDANDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/06345Lulus25/06/201503/07/201509:04:19
banner45143/20151. Sei = Sel 2. Set Rawatan Pusat Kulit Kepala = Set Rawatan Kulit KepalaMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07059Lulus09/11/201509/11/201512:21:32
MiraQ HQ-V256795/20161. kulit lebih cerah 2. untuk kulit kusam 3. untuk tona kulit tidak sekata 4. untuk hiperpigmentasi 5. untuk bintik hitamMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201611/12531Lulus14/11/201615/11/201614:52:12
KLINIK KULIT21604/2016KLINIK KULIT 皮肤激光诊所Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09447Lulus04/05/201605/05/201614:28:37
12345678910...

Kembali ke atas