Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning

Puisi
 

Sirih kuning gagang layu,
     Hentam panas sembilan bulan;
Sirih kuning hajat aku,
     Hendak bertemu dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuning oleh kunyit,
     hitam oleh arang.

Bermaksud :

Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TASKA EPAL KUNING21512/2014TASKA EPAL KUNINGMajlis Perbandaran ManjungPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201409/04269Lulus15/09/201419/09/201407:58:11
RESTORAN KUNING13123/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamTiadaTiadaDBP/KPB/201901/16608Lulus30/12/201522/01/201911:28:41
WARUNG KUNING NANDA11236/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201810/17436Lulus12/11/201519/10/201822:39:24
KEDAI MI KUNING4342/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201802/14495Lulus27/04/201608/02/201816:44:30
BUNTING KARNIVAL KUNING1822/2017KARNIVAL FESYEN DAN KECANTIKANMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13016Lulus13/01/201713/01/201716:03:13
future optical kuning V21046/2017TiadaMajlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12140Lulus09/01/201709/01/201716:05:12
KEDAI MI KUNING3362/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/10921Lulus20/08/201408/06/201617:52:44
SYM-SBSR MC Kuning50383/2015Sila rujuk lampiran fail, terima kasih.TiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201512/07744Lulus10/12/201511/12/201508:25:56
RESTORAN ANUSIA16755/2017WARUNG MAKAN RESTORAN ANUSIA Nasi Lemak Kuning, Nasi Lemak Kambing & Ayam, Idli, Tosai, Poori, Roti Canai, Goreng-goreng dan Nasi Campur : Ayam, Ikan, Kambing dan Sayur-Sayur.Majlis Perbandaran SerembanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14238Lulus05/04/201705/04/201714:45:20
huan le resources24090/2017sila rujuk lampiran. semua perkataan dalam Bahasa Mandarin itu sudah di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia. seperti Perkhidmatan sewaan dan transit, dan penjual alat tulis itu merupakan terjemahan bagi ayat dalam B.Mandarin dalam garis kuning.Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18039Lulus20/04/201721/04/201716:50:40

Kembali ke atas