[ku.no] | کونو
Definisi : 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.no] | کونو
Definisi : 1 sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama. 2 tidak moden; kolot (bkn adat, fahaman dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)