Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.buh] | لابوه

Definisi : 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : Kd memukul dgn tangan, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : panjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Burung puyuh meniti di batang,
     Batang manggis condong ke paya;
Kebaya labuh bersanggul lintang,
     Senyum manis di pagi raya.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBORONG TUDUNG LABUH DAN TUDUNG EKSLUSIF8270/2014PEMBORONG TUDUNG LABUH DAN TUDUNG EKSKLUSIF REALHIJAB COLLECTION TINGKAT MEZANIN, NO. 71-75, SINAR MAS, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 50100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: REALHIJAB COLLECTION (002168132-V)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04551Lulus26/04/201428/04/201408:14:41
Butik Tudung Umrah dan Selendang Labuh55266/2016TUDUNG UMRAH SELENDANG LABUHMajlis Daerah PontianHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/12310Lulus14/11/201614/11/201614:41:00
Pakaian Labuh7393/2015TiadaMajlis Bandaraya Melaka BersejarahPakaianTiadaDBP/KPB/201503/05345Lulus05/03/201506/03/201509:29:43
GEDUNG TUDUNG LABUH SYAZARA5647/2016TiadaMajlis Perbandaran Ampang JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201804/19416Lulus26/05/201609/04/201816:59:27
INSPIRASIHANA HIJAB ANGGUN BERSYARIAT24336/2014LABUH, TIDAK JARANG, TIDAK MELEKAP DAN RINGKAS. DAPATKAN SEKARANG DI WWW.INSPIRASIHANA.COM ATAU BUTIK KAMI DI BELAKANG UNISEL SEK. 7 HUBUNGI KAMI 03-55109622Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201410/04688Lulus10/10/201410/10/201411:23:20
KLFW- CLP 211782/2014Gaun Labuh BercorakDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201406/03888Lulus02/06/201403/06/201408:57:57
KLFW - CLP 111781/2014Gaun Labuh BersulamDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201406/03887Lulus02/06/201403/06/201408:57:20
BUTIK ADANA GALLERY17861/2014BUTIK ADANA GALLERY TUDUNG LABUH DAN BUSANA MUSLIMAHMajlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201408/03494Lulus13/08/201414/08/201408:14:40
PAPAN IKLAN AG20264/2014BUTIK TUDUNG LABUH DAN BUSANA MUSLIMAH ADANA GALLERY NO. 26B, TINGKAT 2, JALAN PLUMBUM N7/N, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM.Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201409/03255Lulus04/09/201404/09/201414:23:42
Laundrylab28209/2017Kedai Dobi Layan Diri Laundrylab Tanjung LabuhMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/16628Lulus15/05/201716/05/201712:42:39
12

Kembali ke atas