Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pu] | لمڤو

Definisi : 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupa­kan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg mengguna­kan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mem­punyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pu] | لمڤو

Definisi : alat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampu (kata nama)
Bersinonim dengan lampu suluh, lampu picit, pelita.,

Puisi
 

Pasang lampu biar terang,
     Hendak menanam pohon selasih;
Kasih sayang tuan seorang,
     Itu tempat menagih kasih.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Penjual Lampu LED dan Lampu hisan23315/2013TiadaTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/02276Lulus02/01/201402/01/201409:51:11
PENGEDAR LAMPU62113/2016PENGEDAR LAMPU TEKLIGHT MARKETING SDN. BHD. PAKAR LAMPU LUAR DAN DALAM TEKLIGHT. TEKLIGHT INDOOR AND OURDOOR LIGTING SPECIALIST.Majlis Bandaraya Shah AlamPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201612/12074Lulus14/12/201615/12/201609:58:07
YUSRA2491/2017YUSRA KEDAI LAMPU LED DAN LAMPU SOLARMajlis Daerah PontianKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/13690Lulus18/01/201719/01/201708:55:26
KEDAI AKSESORI KERETA53995/2016PEMAIN VIDEO/ DVD PLAYER LAMPU HID / HID LAMPU FILEM PENAPIS HERBA 4 PINTU / CAR TINTED 4 DOORMajlis Perbandaran KuantanAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201611/10116Lulus31/10/201601/11/201611:02:17
KEDAI LAMPU33666/2017KEDAI LAMPU J & M LIGHTINGMajlis Perbandaran SerembanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201706/14473Lulus31/05/201701/06/201714:04:09
KEDAI LAMPU2981/2017KEDAI LAMPUDewan Bandaraya Kuala LumpurBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201701/13473Lulus16/01/201717/01/201716:49:12
PENGEDAR LAMPU64633/2016PENGEDAR LAMPU TEKLIGHT MARKETING SDN. BHD. 462622AMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/13783Lulus27/12/201628/12/201609:31:24
KEDAI LAMPU52812/2016KEDAI LAMPUDewan Bandaraya Kuala LumpurPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201610/14651Lulus25/10/201626/10/201610:31:30
KEDAI LAMPU19446/2016KEDAI LAMPUMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201604/12349Lulus22/04/201625/04/201608:10:54
KEDAI LAMPU18674/2016KEDAI LAMPUMajlis Perbandaran Subang JayaBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201604/11639Lulus19/04/201619/04/201612:02:02
12345678910...

Kembali ke atas