Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KAMERA CAHAYA LEMBUT992/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201903/22640Lulus23/01/201726/03/201916:31:26
VIVO1619/2017KAMERA HADAPAN 20MP BERCAHAYA LEMBUT SWAFOTO SEMPURNA V5 V5Plus BOLEH DIDAPATI DI SUNGEI WANG *VIVO SMART PHONE adalah logo kepada VIVO BOLEH DIDAPATI DI SUNGEI WANGDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201701/12486Lulus10/01/201711/01/201710:22:17
CAPATI15606/2015CAPATI Lembut ▪ Kuah Istimewa ▪ Asli Dah Rasa? Ulam Desa Bukit Jelutong 2.00ptg. - 11.00mlm. www.MrChapati.myMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/08643Lulus28/04/201529/04/201507:03:50
Vivo V524818/2017KAMERA HADAPAN 20MP BERCAHAYA LEMBUT SWAFOTO SEMPURNA BOLEH DIDAPATI DI SUNGEI WANGDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/18635Lulus25/04/201727/04/201706:40:07
Carrie Junior32004/2015Selamat dan LembutMajlis Bandaraya Melaka BersejarahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/06226Lulus13/08/201517/08/201510:35:08
Promosi6803/2016Promosi Le Miz Hair Studio Pewarnaan Rambut daripada RM 138 Pelurusan lembut daripada RM 188 Hubungi 03-61417591 untuk tempahanMajlis Bandaraya Petaling JayaSalunTiadaDBP/KPB/201602/08393Lulus19/02/201619/02/201615:06:20
Promosi Mega Oktober37569/2015Promosi Mega Oktober 10 月份大促销 Pewarnaan 染发 RM155++ Percuma Pupur Rambut Bernilai RM110 Keriting Digital/Pelurusan Lembut Korea 韩式热烫 RM200++ Percuma Pupur Rambut Bernilai RM110 PERCUMA 免费 Sebotol Syampu Kerastase 250ml apabila anda membeli PMajlis Perbandaran MuarKosmetikTiadaDBP/KPB/201509/08146Lulus22/09/201523/09/201509:08:51
Perkhidmatan Spa Bergerak6383/2017Perkhidmatan Spa Bergerak * Penjagaan Ibu Berpantang dan Bayi * Spa Bakal Pengantin * Urutan Badan (Tradisional/Lembut) * Rawatan Muka/ Solekan * Pelamin Mini Berondoi * Inai Pengantin www.feelpantang.com 0197428470 Cantiksihat Marketing SA02Majlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/10965Lulus08/02/201710/02/201708:32:37
Seluar sunat53718/2016Kami telah melakukan pindaan sesuai yang disarankan. Kini Lebih Bebas dan Selesa Diperbuat daripada kain kapas dan span pelindung yang lembut sila kunjungi farmasi atau hubungi nombor di bawah : FARMASI GAMMA SD.BHD. 745, JALAN TAIB, 82000 PONTIAN,JOPihak Berkuasa TempatanPakaianTiadaDBP/KPB/201610/15447Lulus30/10/201631/10/201615:59:55
BUTIK PAKAIAN MUSLIMAH INSPIRASI FESYEN46454/2015BUTIK PAKAIAN MUSLIMAH INSPIRASI FASYEN PEMBEKAL DAN PERUNCIT KURTA MODEN, JUBAH, TUDUNG, SELENDANG BOLEH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN JAHITAN UNTUK HARGA PUKAL KAIN YANG LEMBUT DAN SELESA MUDAH DIGOSOK DAN TIDAK BERKEDUT SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIMajlis Perbandaran SerembanButikTiadaDBP/KPB/201511/07991Lulus17/11/201518/11/201508:23:24

Kembali ke atas