[li.san] | ليسن
Definisi : 1. lidah: jilat dgn ~ tujuh hari; 2. sesuatu yg diucapkan (tidak ditulis); saya telah diberitahu dgn (secara) ~ diberitahu dgn mulut (bukan dgn surat); melisankan menyebut dgn mulut, menuturkan; kelisanan hal yg berkaitan dgn lisan: istilah dan gagasan yg dipakai utk membicarakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[li.san] | ليسن
Definisi : 1 lidah. 2 sesuatu yg diucapkan; perkataan: diberitahu secara ~ diberitahu dgn mulut (tidak dgn surat). melisankan menyebut dgn mulut; menuturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)