Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : ; ~ dahan sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan, mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum ovalifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
LUPA KATA LALUAN1446/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201502/05476Lulus14/11/201412/02/201517:30:09
Astro-Sangka Baik28259/2014Selalu berhibur tak semestinya lupa agama.Majlis Bandaraya Johor BahruMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201411/05021Lulus17/11/201419/11/201416:11:49
T&T - Ferinni sign 240 x 4845731/2016Maafkan, lupa buangkan huruf yang tak mahu. Terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201609/11008Lulus19/09/201620/09/201608:49:44
Astro Oasis-Sangka Baik28322/2014-Sangka Baik (TAJUK RANCANGAN) -Selalu berhibur tak semestinya lupa agama.Majlis Bandaraya Petaling JayaMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201411/04870Lulus18/11/201418/11/201420:12:09
BSS MANOAH MOTOR TRADING7582/2016Selamat Pagi, Tuan /Puan Saya dah dapat dari kelulusan DBP. DBP/KPB/201602/08209 Tapi say lupa nak tukar Tajuk iklan saya Ini artwork baru BSS MANOAH MOTOR TRADINGMajlis Bandaraya Johor BahruPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201602/08664Lulus22/02/201623/02/201608:03:02

Kembali ke atas