Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
USUN CENTRE SDN. BHD.41404/2016saya memang mahu menggunakan usun centre sdn. bhd. sebagai nama syarikat saya terima kasihMajlis Perbandaran Sungai PetaniTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201608/11215Lulus21/08/201622/08/201609:11:42
kedai kopi rasa cinta22467/2015mahu semua pelangan ada rasa cintaMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/07213Lulus04/06/201511/06/201513:41:29
kedai kopi rasa cinta22466/2015mahu semua pelangan ada rasa cintaMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/07212Lulus04/06/201511/06/201513:40:15
IW PROPERTIES PUTRAJAYA23776/2017Pemilik syarikat mahu menggunakan nama tersebutPerbadanan PutrajayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/13809Lulus02/05/201702/05/201714:38:34
KURSUS INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TEST SYSTEM18225/2017Mahu belajar di UK? AS? Kanada? Australia?Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/13889Lulus04/04/201704/04/201715:43:54
Skin Town373/2014Pelanggan saya membuat keputusan bahawa dia tak mahu letak Korea No. 1 Evolutionary Facial Saloon.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201401/02766Lulus09/01/201409/01/201415:30:13
T&T - Ferinni sign 240 x 4845731/2016Maafkan, lupa buangkan huruf yang tak mahu. Terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201609/11008Lulus19/09/201620/09/201608:49:44
Mocha Italy53749/20151. MOCHA ITALY merupakan trademark 2. Your Living Companion adalah slogan, pelanggan kami tidak mahu menambah ayat dalam bahasa Melayu. 3. PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09567Lulus08/03/201608/03/201611:10:03
Kafe Nasi Serai Gulai Itik Berdebar57095/2016Kami menyediakan menu menarik nasi serai gulai itik berdebar.Sudah cuba pasti mahu lagi!Majlis Perbandaran Port DicksonMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/14895Lulus28/11/201629/11/201608:48:43
12

Kembali ke atas