Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~; ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~ dansa Id pesta tari­menari (pd malam hari); ~ gembira perjum­paan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya; malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang or (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : Jw ark lilin (utk membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. ~ buta malam yg sangat gelap. ~ ini (karang) waktu malam yg akan tiba sesudah siang ini. ~ minggu waktu malam sebelum hari minggu. malam-malam sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. bermalam 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. kemalaman mengalami hari malam: Mereka terlewat dan ~ dlm perjalanan ke sini. semalam 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? semalaman, semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kita mengingat,
     Jangan lupa bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)

628

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KLINIK KURNIA AKAN MULA BEROPERASI PADA WAKTU MALAM MULAI 1/1/201531432/2014Klinik kurnia akan mula beroperasi pada waktu malam mulai 1/1/2015 Waktu rawatan ialah 10 pagi -1 tengah hari, 2 petang - 6 petang, 8 malam - 10 malam. Tutup pada hari JUMAATMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04811Lulus15/12/201416/12/201407:30:48
Reload Grant Internet with On Net Mins (Street Bunting)18087/2016Percuma Siang Malam. PERCUMA SIANG MALAM ditukar kepada "PERCUMA SIANG DAN MALAM"Pihak Berkuasa TempatanTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201604/11423Lulus18/04/201618/04/201615:58:15
FESTIVAL BELON ZOO MEGA1682/2016FESTIVAL BELON ZOO MEGA HADAPAN PROTON KULIS AUTO 29 JAN. - 28 FEB. 2016 DIBUKA 3.00 PETANG - 11.00 MALAM REHAT 7.00 MALAM - 8.00 MALAM 012-7999583 31 HARI SAHAJAMajlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/10460Lulus26/01/201626/01/201614:53:41
Menikmati Masakan Kegembiraan di Hotel VIP, Segamat3306/2017bufet Jamuan makan malam sempena tahun baru cina 27 Januari 2017 (jumaat) 6.30 malam -10.00 malam RM 38.00 bersih Seorang set hidangan tahun baru cina sedia ada 27 JAN. hingga 11 FEB. 2017 RM 588.00 bersih setiap meja ( 10 pax ) Meraikan bulMajlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14064Lulus20/01/201723/01/201708:28:19
KEAJAIBAN MALAM21537/2016KEAJAIBAN MALAM MAGIC OF THE NIGHT 27 MEI - 4 JUN 2016 9.00 PAGI - 11.30 MALAM ANJUNG FLORIA PRESINT 4, PUTRAJAYA www.malaysia.travel facebook.com/friendofmalaysiaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09477Lulus05/05/201605/05/201614:57:00
MALAM KRISMAS SEPADU2971/2015MALAM KRISMAS SEPADU TEMA: TUHAN MENYERTAI KITA / TEMPAT / : INDIAN ASSOCIATION KLUANG MASA / : 7.00 MALAM PERASMIAN/ : YB TUAN HAJI MD. JAIS BIN HAJI SARDAY (PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI) AnjuranMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/06200Lulus23/01/201523/01/201515:59:54
MALAM KRISMAS SEPADU 201428647/2014MALAM KRISMAS SEPADU 2014 TEMA : KISAH KASIH TARIKH : 6 DISEMBER 2014 MASA : 7.OO MALAM TEMPAT DEWAN CANOSSIAN CONVENT KLUANG Anglican Lutheran Mar Thoma Methodist SibMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04954Lulus19/11/201419/11/201412:14:15
Senaman Kecergasan Zumba11094/2014Senaman Kecergasan ZUMBA Latin – Samba – Bachata – Merengue Tarikh: 20 Jun, 2014 [Jumaat] Masa: 8.30 malam – 10.00 malam [Pendaftaran bermula jam 8.00 malam tepat] Tempat: Dewan Serbaguna AU2, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur Harga TikeMajlis Perbandaran Ampang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201405/05182Lulus29/05/201429/05/201414:39:42
Bufet Makan Malam29625/2017Bufet Makan Malam. Jom Makan, 27 Mei - 22 Jun 2017, dari 6.30 petang- 10.00 malam, RM 45 dewasa, RM25 Kanak-kanak.Majlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/16992Lulus17/05/201717/05/201714:52:00
MALAM ALUMNI DAN KEBUDAYAAN26414/2017MALAM ALUMNI DAN KEBUDAYAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8 TARIKH : 08 JULAI 2017 TEMPAT : DEWAN SJKC CHEE WEN USJ1 MASA : 8.00-10.00 MALAM YANG BERMINAT SILA HUBUNGI 01158070622Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15401Lulus10/05/201711/05/201709:41:13
12345678910...

Kembali ke atas