Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangunkan


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MENARA TABUNG HAJI33747/2015bagi membangunkan bangunan menara tabung hajiMajlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201508/07499Lulus25/08/201528/08/201511:22:39
JOM BERWAKAF(2)23999/2016WAKAF MEMBANGUNKAN UMMAHMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11993Lulus19/05/201623/05/201608:34:55
JOM BERWAKAF23998/2016JOM BERWAKAF WAKAF MEMBANGUNKAN UMMAHMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11992Lulus19/05/201623/05/201608:34:19
v.167-KintaProperties.01-2761414454/2014KINTA PROPERTIES Membina Kediaman, Membangunkan Komuniti 45 Tahun Bersamamu... Diskaun 5% kepada bumiputra untuk lot bumiputraMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201406/05809Lulus27/06/201427/06/201418:49:28
Banner Hartani -i26895/2014Pemberian Hadiah Istimewa Hartani-i Kemudahan pembiayaan untuk membeli dan membangunkan tanah pertanian Had pembiayaan sehingga 100% Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 240 bulan (20 tahun) Terbuka kepada kakitangan Kerajaan atau swasta Pembiayaan mDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201411/03786Lulus04/11/201405/11/201412:04:14

Kembali ke atas