Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pangsapuri Platinum45260/2016"Platinum" adalah sejenis logam berharga dan ianya bertujuan untuk menaikkan taraf imej pangsapuri di lokasi tersebutMajlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10866Lulus19/09/201619/09/201614:13:34
Perkhidmatan Cucian Karpet45286/2015Kami Menyediakan Perkhidmatan Cucian Karpet Dengan harga Berpatutan! Keistimewaan Perkhidmatan Kami: Menghilangkan Segala Kekotoran Hingga 90%. Menaikkan Semula Warna Karpet Asal. Menghilangkan Bau Karpet Selepas Dicuci dan Karpet Berbau Wangi. AMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07165Lulus09/11/201511/11/201508:47:36
Perkhidmatan Cucian Karpet44673/2015Kami Menyediakan Perkhidmatan Cucian Karpet Dengan harga Berpatutan! Keistimewaan Perkhidmatan Kami: Menghilangkan Segala Kekotoran Hingga 90%. Menaikkan Semula Warna Karpet Asal. Menghilangkan Bau Karpet Selepas Dicuci dan Karpet Berbau Wangi. AMajlis Perbandaran NilaiPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201511/07055Lulus09/11/201509/11/201512:19:28

Kembali ke atas