Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
akal Corporate Advisors20480/201717/04/17- Kami telah menambah Pejabat Urusan dan menambah titik pada Sdn. Bhd. seperti yang diarahkan oleh Tuan/Puan.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/16790Lulus17/04/201718/04/201708:55:47
DANDY LAUNDRY28075/2016Telah menambah perkataan "KEDAI" seperti yang dicdangkanPerbadanan PutrajayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/10810Lulus07/06/201608/06/201613:43:26
Papan Tanda Syarikat - Perubahan kali ke-342357/2016Tuan, Kami ingin menambah perkataan Janakuasa dalam papan tanda di bahagian atas sekali. Sila semak bahasa Inggeris : Power Section atau Power Plant boleh diterjemah ke "Janakuasa"? Terima kasih.Majlis Perbandaran KemamanPetroleumTiadaDBP/KPB/201608/12092Lulus25/08/201628/08/201620:46:50
Yusliana Boutique by Yusliana Collections28560/2014Menggunakan nama sendiri dan hanya menambah nama boutique untuk tujuan komersil.Majlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201411/05341Lulus21/11/201424/11/201407:08:40
Oliva Lim & Co20481/201717/04/17- Kami telah menambah keterangan aktiviti di sudut kiri atas papan iklan dengan perkataan 'Pejabat Urusan'. Kami juga telah menjarakkan 'Peguam Bela dan Peguam Cara' di atas 'Advocates & Solicitors' seperti yang diarahkanDewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/17508Lulus19/04/201720/04/201710:23:31
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
banner1118/2014Selamat Hari kekasih beli 1 percuma 1 mencerah - menyucikan - penghidratan - menambah pusat kesihatan dan kecantikanMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/03264Lulus17/01/201421/01/201408:15:25
Mocha Italy53749/20151. MOCHA ITALY merupakan trademark 2. Your Living Companion adalah slogan, pelanggan kami tidak mahu menambah ayat dalam bahasa Melayu. 3. PERALATAN BILIK MANDI DAN DAPURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09567Lulus08/03/201608/03/201611:10:03
PAPAN TANDA HBCT @ ALAMANDA (SRSD VENTURES)24248/2017Salam Sejahtera Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyemak semula permohonan kami. Kami telah menambah (.) pada SDN. BHD. Sekian Terima KasihPerbadanan PutrajayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/18209Lulus21/04/201725/04/201710:55:54
KLUANG HOURS4316/2015Merujuk no. pengesahan DBP/KPB/201501/06557 bahasa melayu didalam iklan ini adalah betul. Tetapi pihak Majlis Perbandaran Kluang meminta kami menambah perkataan bahasa melayu. Kami telah melampirkan visual baru untuk rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Majlis Perbandaran KluangTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201502/04694Lulus02/02/201505/02/201511:32:40
12

Kembali ke atas