Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.war] | مناور

Definisi : 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia menge­luarkan duit dr dlm dompetnya dan mem­bayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war] | مناور

Definisi : bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war] | مناور

Definisi : menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war] | مناور

Definisi : meminta supaya dikurangkan atau diturunkan harga (sewa dsb) sesuatu: Kalau pandai ~, kita dpt memperoleh harga yg lebih rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.na.war] | مناور

Definisi : 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menawar

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Sungguh Jawa tawar-menawar;
Kalau datang si jantung hati,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lagi murah,
     lagi ditawar.

Bermaksud :

Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Menawar Resources Sdn Bhd370/2017Pertukaran dibuat kerana skop kerja semakin menyeluruh dan tidak hanya fokus kepada kerja-kerja landskap.Majlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201701/11567Lulus04/01/201705/01/201712:28:38
Menawar Perkhidmatan Landskap Sdn Bhd8102/2015Nama syarikat berdaftar dengan SSMMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/05937Lulus12/03/201512/03/201510:27:58
Menawar Perkhidmatan Landskap Sdn. Bhd.7279/2015Nama syarikat berdaftar dengan SSM.Majlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/05320Lulus05/03/201506/03/201508:07:08

Kembali ke atas