Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Mencari Ramli Musim 48032/2015MENCARI RAMLI MUSIM 4Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05855Lulus10/03/201512/03/201508:49:40
MENCARI TIKET PENERBANGAN ?23810/2014Mencari Tiket Penerbangan ? TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG ! LEBIH 20 DESTINASI (DALAM DAN LUAR NEGARA) PERKHIDMATAN LAIN : TEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG DAN FERI PAKEJ-PAKEJ PELANCONGAN TEMPAHAN BILIK HOTEL, APARTMENT DAN INAP DESA ( HOMESTAY) PENYELAMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04718Lulus10/10/201410/10/201416:34:01
Mencari Ramli Musim 48031/2015MENCARI RAMLI MUSIM KE 4Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05854Lulus10/03/201512/03/201508:49:17
Nandos Berminat mencari perkejaan? Banner15398/2015Berminat Mencari perkejaan? Nando’s Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya (Akan Dibuka) menanti anda! Sila hubungi 016 - 383 4345 (Kifli) untuk temu duga serta-merta Nandos's logo ,tagline , laman web & halal logo Jawatan : Kru Restoran - ServisDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/08010Lulus22/04/201524/04/201510:48:58
MENCARI PENYEWA BILIK7660/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201808/13705Lulus26/07/201601/08/201817:12:23
MENCARI PENAPIS HABA ?60474/2016PROMOSI FILEM PENAPIS HABA KERETAMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11940Lulus06/01/201709/01/201709:52:22
MENCARI RAMLI MUSIM KE-5157/2016TiadaMajlis Perbandaran KajangTiadaTiadaDBP/KPB/201607/11203Lulus07/01/201622/07/201608:05:13
MENCARI TIKET PENERBANGAN PD TRAVEL & TOURS SDN BHD4444/2016Kami menawarkan Tempahan Tiket Kapal TerbangMajlis Perbandaran Port DicksonPelanconganTiadaDBP/KPB/201601/10883Lulus27/01/201628/01/201617:53:51
Mencari Tiket Penerbangan20753/2015TiadaMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/06043Lulus02/06/201502/06/201510:15:55
MENCARI PEKERJA TEMPATAN ?5916/2015Sila Hubungi 019 2394047 / 019 9675377Majlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201502/06016Lulus17/02/201523/02/201511:13:04
12345

Kembali ke atas