Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengabaikan


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
HSBC Premier outdoor banner19687/2014NIKMATI KEHIDUPAN PERSARAAN ANDA TANPA MENGABAIKAN IMPIAN PELAJARAN ANAK ANDA.TiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201408/04608Lulus27/08/201429/08/201411:00:19

Kembali ke atas