Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantung

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
DOBI DAN CUCIAN KERING63781/20161) Nama Syarikat: DOBIBEST (Iklan Sepanduk bukan Papan Iklan kedai) 2) Nama iklan: DOBI DAN CUCIAN KERING 3) Nama Perkhidmatan: PERKHIDMATAN PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN Nota: Iklan ini untuk menggantung sepanduk di papan iklan MBSA yang disediakan danMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12901Lulus20/12/201621/12/201608:52:06

Kembali ke atas