Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.sa.ha.kan] | مڠوسهاکن

Definisi : 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.sa.ha.kan] | مڠوسهاکن

Definisi : 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KANTEEN48114/2015Saya mengusahakan kedai menjual makanan pelbagai jenis, Selain itu, sasaran jualan kami adalah lebih kepada pelajar. Justeru, nama KANTEEN sudah sinonim dengan sanubari pelajar .Majlis Perbandaran Alor GajahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201511/09502Lulus26/11/201526/11/201509:00:23
KAFE DAN BAKERI20567/2017SELAIN DARIPADA BAKERI SAYA JUGA MENGUSAHAKAN CAFE/RESTORAN DI BANGUNAN BERKENAANMajlis Perbandaran Pasir GudangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/17082Lulus18/04/201719/04/201708:09:31

Kembali ke atas