Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bertangga naik,
     berjanjang turun.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

 

Lihat selanjutnya...(86)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUGAR 38282/2017Menurut November, pegawai memberi komen tukar kepada AKADEMI MEMBUAT ROTI DAN KEK. Saya sudah attached komen yang nov , terima kasihTiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201702/12726Lulus17/02/201720/02/201721:55:57
SUGAR DOUBLE8281/2017Menurut November, pegawai memberi komen tukar kepada AKADEMI MEMBUAT ROTI DAN KEK. Saya sudah attached komen yang nov , terima kasihTiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201702/12954Lulus21/02/201721/02/201714:21:09
SUGAR MAIN8280/2017Menurut November, pegawai memberi komen tukar kepada AKADEMI MEMBUAT ROTI DAN KEK. Saya sudah attached komen yang nov , terima kasihTiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201702/12725Lulus17/02/201720/02/201721:52:42
TAMAN EKOFLORA12465/2014EKO berasal dari perkataan Ekologi. Menurut Kamus Dewan, ekologi bermaksud perhubungan di antara organisma hidup dengan keadaan sekitarnya sementara Flora pula bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. KMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04434Lulus11/06/201411/06/201413:59:09
v.231-PUMA-BktBtg.Hoardg30502/2015Dihormati DBP/Pn Putri. Menurut konsep kreatif, visual PUMA ini menampilkan konsep Pro&Contra (Sikap Positif 'lawan-vs' Negatif) menggunakan garisan/highlighted pd caption/ayat). 'ALASAN' adalah sifat negatif. Tapi bila menggunakan kasut PUMA akan lebih aDewan Bandaraya Kuala LumpurSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201508/05020Lulus05/08/201505/08/201514:37:27
Mama Rina26033/2014Kedai dobi Mama Rina telah didaftarkan dari 27 Oktober 2014 sehingga 26 Oktober 2015 menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. No. Pendaftaran SSM : MA0197136-A Jenis Perniagaan: Dobi Layan Diri Alamat Perniagaan: SP 227 Bawah,Majlis Perbandaran Alor GajahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201410/06411Lulus30/10/201431/10/201407:55:11
Mama Rina26032/2014kedai dobi Mama Rina telah didaftarkan dari 27 Oktober 2014 sehingga 26 Oktober 2015 menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. No. Pendaftaran SSM : MA0197136-A Jenis Perniagaan: Dobi Layan Diri Alamat Perniagaan: SP 227 JalanMajlis Bandaraya Melaka BersejarahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201410/06410Lulus30/10/201431/10/201407:54:47

Kembali ke atas