Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerak­kan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk men­cairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicin­kan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak ber­warna perang dan mudah terbakar yg dieks­trak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau meng­goreng makanan; ~ mentah minyak yg dilom­bong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melan­carkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tum­buhan spt bunga, daun atau kayu, dan diguna­kan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan di­gunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekece­waan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membu­buh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombo­ngannya dll); sakramen ~ Id sj upacara ber­sembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Minyak licin sebelah pangkin,
     Jikalau mandi dicuci jangan;
Kalau mahu hidup miskin,
     Jikalau jadi menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Recycle Oil Trading38848/2016Penjual Minyak Pirolisis. Minyak Pirolisis daridapa Tayar TerpakaiTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/09250Lulus09/08/201610/08/201609:35:51
PEMBORONG BARANGAN AM WHOLESALE CITY33913/2015MINYAK WANGI,MINYAK ATAR,BOTOL,JAM TANGAN,BARANGAN KULIT,BEG TROLI,DOMPET,TALI PINGGANG.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/05807Lulus03/09/201503/09/201516:18:17
PENGEDAR DAN PENGILANG UNTUK SEMUA JENIS MINYAK WANGI DAN PATI MINYAK WANGI16482/2016PENGEDAR DAN PENGILANG UNTUK SEMUA JENIS MINYAK WANGI DAN PATI MINYAK WANGIMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10314Lulus07/04/201611/04/201612:18:41
TAWARAN ISTIMA UNTUK CAT MINYAK64848/2016TAWARAN ISTIMEWA UNTUK CAT MINYAK DAN TEMPAHAN CAT MINYAK 50% HINGGA 80%Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/13551Lulus23/12/201627/12/201608:55:56
TAWARAN ISTIMEWA UNTUK LIKISAN CAT MINYAK24726/2017TAWARAN ISTIMEWA UNTUK CAT MINYAK DAN TEMPAHAN CAT MINYAK 50% HINGGA 80%Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/19011Lulus25/04/201728/04/201711:32:49
PROMOSI MINYAK ENJIN SERENDAH RM 8012707/2017PROMOSI MINYAK ENJIN SERENDAH RM 80 ENJIN TERUS BERJALAN SEJAUH 1,330 KM TANPA MINYAK ENJIN KELEBIHAN UNGGUL ; -MELINDUNGI ENJIN DARIPADA KEHAUSAN -MENINGKATKAN TENAGA DAN KUASA ENJIN -MENCEGAH KEROSAKAN ‘DRY STARTS’ -MENJIMATKAN KOS BAHAN APIPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/15136Lulus07/03/201709/03/201715:21:38
PROMOSI LUKISAN CAT MINYAK18348/2015TAWARAN PROMOSI ISTIMEWA (LUKISAN CAT MINYAK ) TEMPAHAN BINGKAI GAMBAR 25% TAWARAN CAT MINYAK 50%-80%Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/07004Lulus12/05/201518/05/201515:43:48
PEJABAT URUSAN WILAYAH TIMUR - BASRA OIL SDN BHD23787/2014PEJABAT URUSAN WILAYAH TIMUR BASRA OIL SDN BHD MINYAK PELINCIR PETRONAS. PENGEDAR BERDAFTAR PEMBEKAL MINYAK PELINCIR, PEMBEKAL MINYAK DIESEL, PERKHIDMATAN BUNKER, PEMBEKAL ALATAN MARINMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04445Lulus08/10/201409/10/201408:11:33
STESEN MINYAK484/2017STESEN MINYAKDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201702/13101Lulus12/02/201722/02/201708:35:08
PENGEDAR DAN PENGILANG MINYAK WANGI DAN PATI MINYAK WANGI4069/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201801/15891Lulus21/04/201623/01/201817:15:16
12345678910...

Kembali ke atas