Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Festival IOEEE 201649027/2016*Pembetulan telah dibuat. Namun, Tajuk program : "Festival IOEEE 2016" beserta" program MTS " telah diwartakan oleh pihak MARA HQ dan tidak boleh diubah seperti pihak DBP minta. Kejersama dari pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11681Lulus07/10/201610/10/201608:16:16
Dunlopillo27030/2014"hari pasti berlalu, namun detik indah terpahat di kalbu"Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/03892Lulus05/11/201406/11/201412:06:11
GENERIC AD BANNER JAWI28943/2017(Terima kasih atas maklubalas. Namun, seperti keterangan dan perbincangan dengan Puan Seri Banon binti Md Kasim semalam dan pagi tadi, pengunaan simbol '&' pada 'Pembiayaan Kenderaan-i & Pembiayaan Motosikal-i' dan 'Kad Kredit-i & Kad Debit-i' di dalaMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamPerbankanTiadaDBP/KPB/201705/17089Lulus16/05/201717/05/201715:55:34
GENERIC AD BANNER JAWI28940/2017(Terima kasih atas maklubalas. Namun, seperti keterangan dan perbincangan dengan Puan Seri Banon binti Md Kasim semalam dan pagi tadi, pengunaan simbol '&' pada 'Pembiayaan Kenderaan-i & Pembiayaan Motosikal-i' dan 'Kad Kredit-i & Kad Debit-i' di dalaMajlis Bandaraya Kuala TerengganuPerbankanTiadaDBP/KPB/201705/17087Lulus16/05/201717/05/201715:54:45
Ar Rahnu Biro Gadaian22574/2017Tuan, Pihak kami telah memperolehi kelulusan sebelum ni,namun kami tiada salinan kelulusan kerana terpaksa daftar ID baru.Mohon kelulusan Tuan untuk bunting ini.Majlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201704/17021Lulus14/04/201718/04/201717:50:15
Tiada Lagi 'Krik-Krik-Krik'55061/2016Kami faham, kata 'Krik-krik-krik' tidak terdapat dalam kamus. Namun, ekspresi ini digunakan secara meluas di dalam masyarakat kita seandainya lawak hambar diajukan kepada mereka. Maka, dengan ini kami mahu jasa baik pihak DBP agar membenarkan kami menggPihak Berkuasa TempatanMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201611/11367Lulus08/11/201609/11/201608:48:34
Kecantikan (dimiliki oleh : AsterSpring International Sdn. Bhd.)44212/2016NOTA : Iklan pernah dihantar untuk kelulusan, ia telah diluluskan, namun pihak berkuasa MPJBT telah meminta tambahan maklumat di tajuk iklan. Sila tolong mengemukakan sijil kelulusan lagi. Terima Kasih.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKosmetikTiadaDBP/KPB/201609/10087Lulus08/09/201609/09/201610:46:52
Ar Rahnu Biro Gadaian20011/2017Tuan, Untuk Makluman, sebelum ini pihak kami telah memperolehi kelulusan bagi banner yang dilampirkan. Namun, pihak kami tidak mempunyai salinan kelulusan utk bunting (terpaksa daftar id baru). Oleh yang demikian, mohon pertimbangan Tuan untuk kelulusMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/16308Lulus13/04/201714/04/201715:51:03
Ar Rahnu Biro Gadaian8103/2017Untuk makluman, pihak kami telah memperolehi kelulusan daripada pihak DBP sebelum ini. Namun, pihak MBSA meminta supaya alamat dimasukkan ke dalam papan iklan. Oleh itu, mohon semakan dan kelulusan daripada pihak Tuan untuk tindakan kami selanjutnya. NMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/12369Lulus16/02/201717/02/201716:58:48
Ar Rahnu Biro Gadaian20013/2017Tuan/Puan, Untuk Makluman, sebelum ini pihak kami telah memperolehi kelulusan bagi banner yang dilampirkan. Namun, pihak kami tidak mempunyai salinan kelulusan utk bunting (terpaksa daftar id baru). Oleh yang demikian, mohon pertimbangan Tuan untuk kelMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/16309Lulus13/04/201714/04/201715:51:53
12

Kembali ke atas