Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.di] | ڤادي

Definisi : 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.di] | ڤادي

Definisi : (utk menyatakan) kecil atau yg kecil: cili (lada) ~; lempoyang ~; sepadi sedikit: tak ~ pun yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.di] | ڤادي

Definisi : 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.di] | ڤادي

Definisi : kecil atau yg kecil (digunakan dlm beberapa ungkapan saja): cili ~; kuda ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(322)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(59)

457

Ever Homer sometimes nods

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada padi yang bernas setangkai

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but ever Homer sometimes nods . Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada padi yang bernas setangkai. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kedai makan18442/2016KEDAI MAKAN TWO CITY Patin Lemak Tempoyak . Daging Salai Lemak Cili Padi Baung Lemak Cili Padi .Asam Pedas . Patin Asam Tempoyak Waktu Urus Niaga : 11.00 pagi - 3.30 petang (Nasi Campur) 5.30 petang - 12.00 malam (Makanan Thai) No. Telefon : 012 747Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/12062Lulus21/04/201621/04/201610:03:52
RESTORAN PADI HOUSE54686/2016RESTORAN PADI HOUSE; DIMILIKI OLEH: JUNGLEBOOK SDN BHD (893807-T)Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/10888Lulus03/11/201604/11/201610:55:45
RESTORAN PADI PRADA17130/2015RESTORAN Padi Prada PENANG Home Food CuisineMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/05721Lulus06/05/201507/05/201516:02:20
RESTORAN JELAPANG PADI53089/2015RESTORAN JELAPANG PADI DIMILIKI OLEH F.A.N.C ENTERPRISE SDN. BHD.Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/09868Lulus28/12/201529/12/201509:18:17
BENIH PADI7899/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201803/20643Lulus24/08/201529/03/201817:25:43
BENIH PADI SAH7449/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201802/14811Lulus12/08/201521/02/201817:07:55
BENIH PADI SAH4706/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisGambar ElektronikDBP/KPB/201706/14988Lulus04/06/201507/06/201716:55:27
SEMAIAN PADI ENTERPRISE33939/2015DIGIDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201508/07381Lulus26/08/201527/08/201515:37:00
TDC (Padi Field Scenary)14266/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201406/05767Lulus25/06/201427/06/201411:43:36
CHILLI PADI HOTEL SDN BHD3316/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201402/04011Lulus24/02/201425/02/201412:08:25
1234

Kembali ke atas