Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, pe­nyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parah (adjektif)
1. Bersinonim dengan nazak: tenat, kritikal, teruk, genting, melarat, serius, akut, lasat,

2. Bersinonim dengan susah: sukar, payah melarat, derita, sengsara papa, papa kedana, miskin, muflis, bankrap,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : keparahan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BEKAM MUSLIMAH AL-HAYYAH14670/2015JOM CEGAH SEBELUM PARAHMajlis Daerah PekanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07539Lulus17/04/201521/04/201510:10:16

Kembali ke atas