[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن
Definisi : 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن
Definisi : 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)