Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah; ~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang; memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memper­daya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah; terperangkap 1. kena perangkap, terku­rung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. ter­pedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1 perkakas yg pelbagai jenis dan bentuknya, digunakan utk menangkap binatang (biasanya diletakkan umpan pd perkakas tsb): ~ tikus; ~ harimau. 2 ki tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang ~ dgn menuturkan kata-kata yg manis. ~ laju kawasan tertentu di bahagian jalan raya atau lebuh raya tempat kamera dsb digunakan bagi mengesan kenderaan yg dipandu melebihi had laju yg ditetapkan. ~ maut sesuatu, spt tempat yg berbahaya, keadaan yg tidak selamat yg boleh meragut nyawa. memerangkap 1 menangkap binatang dgn menggunakan perangkap. 2 ki menangkap orang dgn menggunakan helah; memperdaya. terperangkap 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. pemerangkap orang yg memerangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangkap (kata nama)
Bersinonim dengan jerat, jebak, simbat, lapun, apit-apit, lapoi;,
Kata Terbitan : memerangkap, terperangkap,

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SHARP PEMBERSIH UDARA DENGAN PERANGKAP NYAMUK46637/2016SHARP PEMBERSIH UDARA DENGAN PERANGKAP NYAMUKMajlis Perbandaran KuantanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201609/12072Lulus26/09/201627/09/201614:05:16
SHARP PEMBERSIH UDARA DENGAN PERANGKAP NYAMUK(JAWI)46636/2016SHARP PEMBERSIH UDARA DENGAN PERANGKAP NYAMUK(JAWI)Majlis Perbandaran KuantanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201609/11849Lulus23/09/201626/09/201611:36:12
PEMBEKAL DAN PENYELENGGARA PERANGKAP MINYAK62314/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11775Lulus09/12/201613/12/201612:58:02
I TOP ONE ENTERPRISE29384/2014I TOP ONE ENTERPRISE SET KOMBO (A) Satu Set Mangkuk Tandas Bar Tuala Berkembar Pemegang Sabun Set Penyembur Injap Dua Hala Perangkap Sisa Tong Sampah (PERCUMA) Kaunter Sinki Atas Cermin RM 2327 RM 1588 SET KOMBO (B) Bar Tuala 012-295 2582Majlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03657Lulus02/12/201403/12/201408:40:44

Kembali ke atas