Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MEMBIARKAN PERGI10557/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201812/15102Lulus28/10/201528/12/201817:21:07
SMIC Banner 0463779/2016Kini anda tidak perlu pergi ke luar negara untuk meneruskan kerjaya anda sebagai pakar dandanan rambut atau pakar kecantikan ...Majlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12744Lulus19/12/201620/12/201609:53:04
Nando's26333/2014Peri-Peri Flamed Grilled Chicken -is a product name Pergi Nando's tak payah bayar tol - been approved earlier on 23655/2014TiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/03546Lulus03/11/201403/11/201411:58:33
JAWATAN KOSONG502/2016JAWATAN KOSONG OPERATOR PENGELUARAN Klinik Dalam Kilang Tempat Kerja Berpenyaman Udara Pengangkutan Pergi BalikMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/07763Lulus06/01/201606/01/201612:27:54
JIMATKAN MASA ANDA62015/2016JIMATKAN MASA ANDA Tiada masa mengunjungi kedai? Jangan risau, kami boleh pergi ke rumah anda!Majlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11669Lulus09/12/201613/12/201609:07:24
JAWATAN KOSONG5943/2016JAWATAN KOSONG Pengalaman Tidak Perlu Gaji Pokok Harian Waktu Kerja KLINIK DALAM KILANG PENGANGKUTAN PERGI BALIK TEMPAT KERJA BERPENYAMAN UDARAMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07468Lulus07/02/201610/02/201607:57:59
JIMATKAN MASA ANDA21274/2017JIMATKAN MASA ANDA Tiada masa untuk mengunjungi kedai? Jangan risau, kami boleh pergi ke rumah anda!Majlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15465Lulus11/04/201712/04/201708:48:50
(Banner) Pre-Renovation Clearance3071/20171) Jualan Penghabisan Stok Praubah Suai 2) Hingga Stok Habis 3) Semua Mesti Pergi 4) HLK (Chain-Store) Sdn. Bhd.Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/14126Lulus20/01/201723/01/201708:58:31
AirAsia Go Sep 201642156/2016JUALAN HEBAT JIMAT HINGGA 50% Prioriti Tempahan Dari 4 Sept. 2016 Penerbangan Pergi Balik + Penginapan + Cukai Daripada RM159/orang Tempoh Penempahan: 4 - 11 Sept. 2016 AirAsiaGo.com Tertakluk pada terma dan syarat.Majlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/12187Lulus26/08/201629/08/201609:04:10
[Banner] Relocate Clearance3067/20171) Jualan Penghabisan Stok 2) Sebelum Ditempatkan Ke Lokasi Lain 3) Hingga Stok Habis 4) Semua Mesti Pergi 5) HLK (Chain-Store) Sdn. Bhd.Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/14122Lulus20/01/201723/01/201708:56:29
12

Kembali ke atas