Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta] | ڤتا

Definisi : Id akronim bagi Pembela Tanah Air (ten­tera simpanan pd zaman pemerintahan Jepun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : jelas, terang; pandang ~-~ pandang dgn terang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : Jk gerakan tangan (mata dll) utk memberi isyarat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bit ist susunan bintik utk membentuk imej atau gambar pd skrin komputer. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
3Q MRC JUNIOR KURSUS PERKEMBANGAN MINDA PETA INGATAN UNGGUL KANAK KANAK45562/20153Q MRC JUNIOR KURSUS PERKEMBANGAN MINDA PETA INGATAN UNGGUL KANAK KANAKMajlis Daerah Kota TinggiPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/07406Lulus11/11/201512/11/201513:58:39
Pangsapuri Legenda45262/2016"Legenda" merupakan sesuatu perkataan yang diilhamkan daripada legenda peta dan dengan ini kami berharap dapat meletakkan tandatangan kami di atas peta daerah Kajang dengan pembangunan hartanah terbaru kamiMajlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10867Lulus19/09/201619/09/201614:13:55
Projek Amal Ramadhan18548/2015Projek Amal Ramadhan Dalam Anugerah Iftar,terserlah cahaya keimanan Bubur Lambuk Ukhuwah RM4.00 bersih* RM3.00 daripada hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan Sepanjang Ramadhan 1436H / 2015M Isnin Hingga Jumaat 4.30 petang - 6.30 petaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/06900Lulus13/05/201518/05/201511:47:25
HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 201536241/2015HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2015 (WORLD SIGHT DAY): 8 OKTOBER 2015 Berikan Harapan Penglihatan (Giving Hope for Sight) "PENJAGAAN MATA UNTUK SEMUA" "EYE CARE FOR ALL" TEMPAT: HOSPITAL SHAH ALAM TARIKH: 8 OKTOBER 2015 MASA: 9.30 PAGI - 4.00 PETAMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/07099Lulus13/09/201514/09/201508:02:25

Kembali ke atas