Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT KHIDMAT PELANGGAN31956/2017Assalam Pihak DBP, Untuk Pengetahuan pihak tuan/puan Apple Authorized Service Provide ada logo yang dibekalkan oleh pihak Apple, kami tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perubahan ke atas logo tersebut. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah sayaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201706/14625Lulus02/06/201702/06/201709:16:55
Wakil Insurans dan Takaful29218/20171) Logo ETIQA - Pelesen Insurans & Takaful 2) Wakil Insurans dan Takaful (Perniagaan yang akan di jalankan) 3) XPN Marketing & Services Sdn Bhd (Syarikat yang akan menjalankan perniagaan Insurans dan Takaful) 4) Logo PBT Pengerang (PihakPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/17932Lulus22/05/201723/05/201708:41:52
Ar Rahnu Biro Gadaian23341/2017Tuan, Pihak kami telah memperolehi kelulusan bunting ini sebelum ini. hanya pertukaran alamat untuk cawangan Shah Alam seperti yang dimohon sebelum ini belum menerima kelulusan. Mohon bantuan daripada pihak Tuan.Terima kasih. Permohonan sebelum ini adalaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/17086Lulus18/04/201719/04/201708:11:25
PAPAN TANDA HBCT @ EMPIRE SHOPPING GALERY30928/2017Salam Sejahtera Kami ingin memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk meluluskan permohonan papan tanda kami. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian terima kasihMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201705/18724Lulus22/05/201725/05/201716:58:07
PAPAN TANDA HBCT @ THE MINES32798/2017Salam Sejahtera, Kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak kembali permohonan papan tanda kami. Kami telah meletak (titik) pada SDN. BHD. kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian Terima KasihMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/19526Lulus29/05/201730/05/201709:29:01
PAPAN TANDA HBCT IOI CITY MALL23669/2017Salam Sejahtera, Kami telah meminda semula seperti arahan tuan/puan . Mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak dan memberi kelulusan bagi permohonan PAPAN TANDA kami. kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai. Sekian Terima KasihMajlis Perbandaran SepangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/17698Lulus19/04/201720/04/201715:36:39
BUTIK14329/2016TiadaPihak Berkuasa TempatanButikTiadaDBP/KPB/201903/22174Lulus27/12/201619/03/201918:16:39
BUTIK14229/2016TiadaPihak Berkuasa TempatanButikTiadaDBP/KPB/201903/21711Lulus22/12/201613/03/201916:48:00
BUTIK13454/2016TiadaPihak Berkuasa TempatanButikTiadaDBP/KPB/201903/21336Lulus05/12/201608/03/201916:42:42
BANK13412/2016TiadaPihak Berkuasa TempatanPerbankanTiadaDBP/KPB/201903/21110Lulus05/12/201606/03/201917:53:33
12345678910...

Kembali ke atas