[pi.sang] | ڤيسڠ
Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.sang] | ڤيسڠ
Definisi : ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.sang] | ڤيسڠ
Definisi : ; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.sang] | ڤيسڠ
Definisi : berbagai-bagai jenis pokok atau buahnya (buahnya bertandan dan bersikat-sikat, Musa spp.. ~ kipas nama sj tumbuh-tumbuhan palma, Ravenala madagarcariensis. ~ manila (benang, tali) nama sj pisang yg seratnya dibuat benang atau tali, musa textilis. ~ sesikat sengkuap. ~ tanah nama sj tumbuh-tumbuhan tropika (utk hiasan dsb) yg mempunyai getah yg sangat bisa, Dieffenbachia amoena (bausei, camilla, exotica). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)