Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ko/] | ڤوکوق

Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Nada Hijauan22558/2017Nada Hijauan di Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Tempat pembangunan sekeliling akan dipenuhi dengan pokok-pokok. Penduduk menduduki di kawasan pembangunan ini akan dapat menikmati tempat perumahan yang istimewa dengan persekitaran hijau.Majlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16885Lulus14/04/201718/04/201710:34:58
Nada Rimba22561/2017Nada Rimba di Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Kawasan perumahan ini dikelilingi persekitaran yang damai, menghijau yang berlanskap dengnan pokok-pokok . Suasana yang menyegarkan dan berdekatan dengan kawasan rekreasi. Penduduk akan dapat menikMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16961Lulus14/04/201718/04/201715:54:47
Nada Rimbun22560/2017Nada Rimbun di Nada Alam adalah tempat perumahan di Pajam. Kawasan perumahan ini dikelilingi persekitaran yang damai, menghijau yang berlanskap dengnan pokok-pokok . Suasana yang menyegarkan dan berdekatan dengan kawasan rekreasi. Penduduk akan dapat meniMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/16960Lulus14/04/201718/04/201715:54:20
Seri Mahogani20785/2014Seri Mahogani Perkataan ‘seri’ dicadangkan bagi merujuk kepada kacantikan, keindahan, atau betapa serinya kawasan tersebut. Ini dipetik dari landskap yang penuh dengan gugusan pokok-pokok serta laman dan taman-taman indah dan penuh berseri. PerkataanMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201409/03828Lulus08/09/201412/09/201409:31:19
SOUTHERN INDUSTRIAL GAS SDN BHD10218/2015LOT 10688 JALAN PERMATA 1/4 KAWASAN PERINDUSTRIAN ARAB MALAYSIA 71800 NILAI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (saya tidak dapat visual depan dengan jelas kerana dihalang oleh pokok-pokok)Majlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07831Lulus25/03/201526/03/201511:48:30
KARNIVAL POKOK TIN23489/2016KARNIVAL POKOK TIN FIGGERS' DAY happy figgin 2016 Perhimpunan peminat pokok tin terbesar dari MALAYSIA, THAILAND, INDONESIA dan BRUNEI masuk percuma PROGRAM -Jualan barangan keperluan dan pokok tin -Kelas percuma -Pembidaan pelbagai barangan -SesMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10868Lulus13/05/201616/05/201611:46:16
Bunting Nursery Kak Piah43541/2015Nursery Kak Piah Pasu besar dan kecil Tayar kereta bunga Tayar Motosikal Kalis Pokok pisang bunga Pokok bunga kertas Bunga tengek burung - Untuk membeli serai & lengkuas sila hubungi Kak Piah -Menjual pelbagai pasu,pokok bunga dan pelbagai keperluMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/08036Lulus17/11/201518/11/201511:35:49
Banner Nursery Kak Piah43540/2015Nursery Kak Piah Pasu besar dan kecil Tayar kereta bunga Tayar Motosikal Kalis Pokok pisang bunga Pokok bunga kertas Bunga tengek burung - Untuk membeli serai & lengkuas. Sila Hubungi Kak Piah -Menjual pelbagai pasu,pokok bunga dan pelbagai keperlMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/10788Lulus29/10/201530/10/201511:29:36
PENJUAL BUNGA DAN POKOK BUAH-BAHAN13228/2014PENJUAL BUNGA DAN POKOK BUAH-BAHANMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04827Lulus17/06/201417/06/201414:56:31
PUSAT KONTRAKTOR KERJA PENYELENGGARAAN SHAMUGAM MAINTENANCE SERVICE ENTERPRISE6827/2017PUSAT KONTRAKTOR KERJA PENYELENGGARAAN SHAMUGAM MAINTENANCE SERVICE ENTERPRISE TB : 010-4218667/ 012-7152730 POTONG RUMPUT ATAU POKOK, MEMBERSIHKAN KAWASAN LAPANG DAN RUMAH, TANAM POKOK BUNGA, ANGKAT SAMPAH SERTA SEMUA KERJA PEMBERSIHANMajlis Perbandaran KluangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201702/10983Lulus08/02/201710/02/201708:44:53
123456

Kembali ke atas