Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : pergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(28)

296

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tawaran Bawa Pulang66001/2016Tawaran Bawa Pulang Piza saiz personal hanya daripada RM5.90Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/14305Lulus30/12/201630/12/201614:17:02
Tawaran Bawa Pulang34765/2016Tawaran Bawa Pulang RM5.90 Piza Saiz Personal Jimat RM5.90 Bersebelahan 7 Eleven/ Pasaraya MydinPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/10992Lulus20/07/201620/07/201615:32:50
Tawaran Bawa Pulang34438/2016Tawaran Bawa Pulang daripada RM5.90 Piza Saiz Personal Berdekatan Pasar Lama Cabang TigaPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/10620Lulus18/07/201618/07/201615:11:18
SIREH PULANG KE GAGANG10361/2015"SIREH PULANG KE GAGANG" Perkongsian Tip-Tip Kesihatan dan Kecantikan bersama Datuk Dr Hajah Sarimah Ahmad (Pengerusi Primadona Worldwide Sdn Bhd) Tarikh : 28 Mac 2015 Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengaH hari Tempat : Dewan Konvensyen Sultan Haji AhMajlis Daerah PekanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07678Lulus24/03/201525/03/201511:24:08
BAWA KAMI PULANG13447/2014BAWA KAMI PULANGMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04920Lulus18/06/201418/06/201411:56:33
WOW RM5 Bawa pulang sahaja14820/2017bawa pulang sahajaMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/16608Lulus15/03/201716/03/201712:24:27
Tawaran Bawa Pulang12218/2016Piza Saiz Personal Tawaran Bawa Pulang Hanya RM5.90Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/10913Lulus16/03/201616/03/201614:30:57
Nandos Nak bawa pulang? Telefon kami!12954/2017Nak bawa pulang? Telefon kami! Telefon 1300-88-6555 untuk membuat tempahan. Halal logoDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/15277Lulus08/03/201709/03/201719:20:27
Tawaran Bawa Pulang36232/2016Daripada RM5.90 Piza Saiz Personal Tawaran Bawa Pulang Jimat RM5.90 Bersebelahan Bank Simpanan Nasional Indera MahkotaPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/11869Lulus26/07/201626/07/201616:05:46
Tawaran Bawa Pulang - Kemaman36374/2016Daripada RM5.90 Jimat RM5.90 Tawaran Bawa Pulang Berhadapan Bank Islam Temerloh KemamanPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/12019Lulus27/07/201627/07/201611:07:50
123456

Kembali ke atas