Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.but] | ربوت

Definisi : ; ~ rampas bermacam-macam pe­rampas­an (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling meng­ambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, mem­­­­­­­­­peroleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat di­rebut kembali oleh pasukan kita; 3. men­dapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm per­lumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan meng­usaha­­kan sungguh-sungguh (mem­per­juangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.but] | ربوت

Definisi : ; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,

Puisi
 

Nak rebut rebutlah selasih,
     Jangan direbut di cucur atap;
Nak rebut rebutlah kasih,
     Jangan direbut dalam dakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
COURTS REBUT WANG TUNAI23298/2016COURTS REBUT WANG TUNAI HINGGA RM500,000 MESTI DIMENANGI! BERAKHIR 30 JUN 2016 TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT. BNM/07/04-2016Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10949Lulus16/05/201616/05/201615:04:13
ANAK JOHOR KENA REBUT PELUANG KERJA DAN NIAGA16770/2014ANAK JOHOR KENA REBUT PELUANG KERJA DAN NIAGA DIBAWAH BIMBINGAN CORAL EAST CONSULTANCYMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201408/02725Lulus31/07/201404/08/201408:06:25
SONY Banner28623/2016SONY, Rebut tawaran menarik produk Sony, Promosi Sambut SyawalMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11328Lulus09/06/201610/06/201609:23:29
Korean Vaganza17335/2015Marilah rebut peluang keemasan untuk melancong ke Korea*Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201505/05774Lulus06/05/201508/05/201510:35:31
Bank Rakyat25788/2015Kempen CeRia BeRaya Rebut hadiah-hadiah menarik lebih RM300,000Majlis Perbandaran Ampang JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201506/09083Lulus26/06/201526/06/201512:03:57
SONY28621/2016SONY, Promosi Sambut Syawal, Rebut tawaran menarik produk Sony, www.sony.com.myMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11325Lulus09/06/201610/06/201609:22:31
Caltex-Swipe & Drive27823/2014REBUT PELUANG MEMENANGI HADIAH SETIAP BULAN DI STESEN CALTEX!Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04532Lulus12/11/201413/11/201414:18:12
Kempen 1 Agro15798/2016Kempen 1 Agro Rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat apabila anda melanggan produk-produk kami* Takaful Kasih Plus Wasiat Agro Motor Takaful Agro Visa Debit-i Agro Mabrur-i Selagi stok masih ada Gambar yang dipaparkan untuk tujuan iluDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09834Lulus05/04/201606/04/201615:45:27
Perodua Myvi 10th Anniversary17568/2015REBUT PELUANG MEMILIKI SEBUAH MYVI EDISI KOMEMORATIF ULANG TAHUN KE-10 APABILA ANDA BELI ATAU SERVIS KERETA PERODUA Tempoh Peraduan: 23 Mei - 31 Ogos 2015 1 x HADIAH UTAMA Myvi Edisi Komemoratif Ulabg Tahun Ke-10 10 x HADIAH PERTAMA iPhone 6 PlPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/05846Lulus08/05/201508/05/201516:05:43
Moxian1586/2014IMBAS, GORES, GONCANG, REBUTMajlis Bandaraya Melaka BersejarahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/03517Lulus24/01/201424/01/201414:55:53
12

Kembali ke atas