Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil] | سمبيل

Definisi : dengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil] | سمبيل

Definisi : sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. me­nyambilkan melakukan se­suatu ber­sama sesuatu yg lain; mem­buat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg di­lakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BELAJAR SAMBIL BEKERJA31562/2017BELAJAR SAMBIL BEKERJA Pengambilan Jan./Mei/Sept.Majlis Perbandaran ManjungMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18405Lulus24/05/201724/05/201716:58:57
BELAJAR SAMBIL BEKERJA45185/2015BELAJAR SAMBIL BEKERJA Universiti Pengurusan Terkemuka BORANG PERMOHONAN DAN MAKLUMAT: www.pace.uum.edu.my NO. TEL. : 04-9284641/ 04-9284616 KAMPUS PEMBELAJARAN: KAMPUS INDUK UUM IPOH SEBERANG PERAI KOTA BHARU UUM KL KUANTAN MELAKA JOHOPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/07052Lulus08/11/201509/11/201512:12:05
BELAJAR SAMBIL BEKERJA44571/2015BELAJAR SAMBIL BEKERJA Universiti Pengurusan Terkemuka BORANG PERMOHONAN DAN MAKLUMAT: www.pace.uum.edu.my NO. TEL. : 04-9284641/ 04-9284616 KAMPUS PEMBELAJARAN: KAMPUS INDUK UUM IPOH SEBERANG PERAI KOTA BHARU UUM KL KUANTAN MELAKA JOHOPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06557Lulus04/11/201505/11/201510:55:00
Belajar Sambil Bekerja35632/2015Belajar sambil bekerja. Daftarlah bersama-sama kami. Untuk masa depan anda. Pusat pembelajaran. Terdapat 8 Pusat Pembelajaran yang Menawarkan 10 Program. Kuliah hanya Sebulan Sekali http://www.pace.uum.edu.my No.tel. : 04-9284616/4625Pihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201509/06678Lulus09/09/201510/09/201508:39:04
BELAJAR SAMBIL BEKERJA44455/2015PJJ UUM BELAJAR SAMBIL BEKERJA www.pace.uum.edu.my 04-9284641/16 KAMPUS INDUK UUM UUM KL, SEBERANG PERAI IPOH, KUANTAN, MELAKA KOTA BHARU, JOHORPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06555Lulus04/11/201505/11/201510:51:31
BELAJAR SAMBIL BEKERJA44451/2015PJJ UUM BELAJAR SAMBIL BEKERJA KAMPUS INDUK UUM UUM KL, SEBERANG PERAI IPOH, KUANTAN, MELAKA KOTA BHARU, JOHOR www.pace.uum.edu.my 04-9284641/16Pihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06549Lulus04/11/201505/11/201510:44:21
BELAJAR SAMBIL BEKERJA44440/2015PJJ UUM BELAJAR SAMBIL BEKERJA KAMPUS INDUK UUM, UUM KL , SEBERANG PERAI, IPOH, KUANTAN, MELAKA, KOTA BHARU, JOHOR www.pace.uum.edu.my 04-9284641/16Pihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06618Lulus04/11/201505/11/201515:47:25
BELAJAR SAMBIL BEKERJA44433/2015PJJ UUM BELAJAR SAMBIL BEKERJA Pusat pembelajaran Kampus Induk UUM, UUM KL, Ipoh, Kuantan, Melaka, Kota Bahru, Johor, Seberang Perai www.pace.uum.edu.my 04-9284641/16Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/06475Lulus04/11/201505/11/201508:35:43
BELAJAR SAMBIL BEKERJA BERSAMA PJJ UUM22760/2015UUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BELAJAR SAMBIL BEKERJA BERSAMA PJJ UUM PROGRAM YANG DITAWARKAN IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (BBA[HONS]) PENGURUSAN AWAM (BPM[HONS]) KOMUNIKASI (BCOMM[HONS]) PUSAT PEMBELAJARAN KAMPUS INDUK UUM,IPOH,SEBMajlis Perbandaran KuantanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201506/07585Lulus08/06/201515/06/201511:56:40
Belajar Sambil Bekerja35505/2015JJ UUM . Sesi Januari , April , Julai dan Oktober. Belajar sambil bekerja. Pusat pembelajaran : Kampus Induk UUM , Ipoh, Seberang Prai, Kota Bharu , UUM KL , Kuantan, Melaka , Johor Bharu, Jangan Lepaskan Peluang ! Kuliah hanya sebulan sekali. PermohonPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201509/06466Lulus08/09/201509/09/201509:50:29
12345

Kembali ke atas