Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : kain sarung pendek yg di­pakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai sam­ping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI SAMPING5374/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201708/13038Lulus17/06/201509/08/201717:08:58
PESTA FABRIK PENGANTIN36820/20151) PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU DAN SAMPING SONGKET DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PAKEJ RM250 KE ATAS 2) PAKEJ PENGANTIN SERENDAH RM128 3) * PERCUMA FABRIK BAJU MELAYUDewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201509/07601Lulus17/09/201517/09/201515:58:36
MASTURA BOUTIQUE9360/2015Kerana perniagaan yang saya jalankan adalah butik .Di samping itu, nama tersebut merupakan gabungan nama isteri dan anak saya dan juga mempunyai nilai komersil dan mudah untuk difahami oleh pelanggan.Majlis Perbandaran Alor GajahButikTiadaDBP/KPB/201503/06920Lulus17/03/201518/03/201516:21:29
NORAINI BRIDAL21880/2017PEMBORONG PAKAIAN NY NORAINI BRIDAL BAJU SIAP, FABRIK, SONGKET, SAMPING PEJABAT: +603-89126590 TB: +6017-6840092 : +6018-2233486 DIMILIKI OLEH: ALY FASHION & MANUFACTURING SDN BHD (1221744-W)Majlis Perbandaran KajangPakaianTiadaDBP/KPB/201704/16478Lulus14/04/201717/04/201709:56:51
JUALAN LELONG HARI RAYA31096/2017BAJU MELAYU DEWASA DALAM KOTAK PERCUMA KAIN SAMPING,BUTANG DAN KOTAK"RM85.00""JUALAN LELONG HARI RAYA"Majlis Daerah BesutMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/19018Lulus22/05/201726/05/201713:34:34
JUALAN LELONG HARI RAYA30576/2017BAJU MELAYU DEWASA DALAM KOTAK PERCUMA KAIN SAMPING, BUTANG DAN KOTAK RM85.00 SEPASANG JUALAN LELONG HARI RAYA 25 MEI 2017 - MALAM HARI RAYAMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/17571Lulus21/05/201722/05/201709:03:47
JUALAN HARGA RUNTUH48067/20151) PESTA FABRIK PENGANTIN 2) PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU DAN SAMPING SONGKET DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PAKEJ RM250 KE ATAS 3) * PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU 4) PAKEJ PENGANTIN SERENDAH RM128 5) JUALAN HARGA RUNTUH 6) POTONGAN HINGGA 90% 7) HADIAH UMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/09501Lulus25/11/201526/11/201508:58:51
PESTA FABRIK PENGANTIN37577/20151) GULATIS KEUNGGULAN DUNIA FABRIK 2) PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU DAN SAMPING SONGKET DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PAKEJ RM250 KE ATAS 3) JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN (NO. 162, 164, NO. 126, 128, NO. 150 DAN 152) 4) AALIA BUTIK SKAF, SELENDANG DAN BAJU KUDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201509/08187Lulus22/09/201523/09/201511:20:18
PESTA FABRIK PENGANTIN37504/20151) GULATIS KEUNGGULAN DUNIA FABRIK 2) PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU DAN SAMPING SONGKET DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PAKEJ RM250 KE ATAS 3) WANGSAMAJU (SEKSYEN 5, KLSC II ) 4) AALIA BUTIK SKAF, SELENDANG DAN BAJU KURUNG DARIPADA GULATIS KEUNGGULAN DUNIADewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201509/08148Lulus21/09/201523/09/201509:14:02
PESTA FABRIK PENGANTIN36809/20151) GULATIS KEUNGGULAN DUNIA FABRIK 2) PERCUMA FABRIK BAJU MELAYU DAN SAMPING SONGKET DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PAKEJ RM250 KE ATAS 3) KOTA DAMANSARA (THE STRAND) 4) AALIA BUTIK SKAF, SELENDANG DAN BAJU KURUNG 5) KOLEKSI HIJAB TERKINI 6) PAKEJ PEMajlis Bandaraya Petaling JayaButikTiadaDBP/KPB/201509/07588Lulus17/09/201517/09/201515:51:45
123

Kembali ke atas