Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tun] | سنتون

Definisi : 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tun] | سنتون

Definisi : 1 halus budi pekerti; beradab: Orangnya lemah lembut serta dgn sopan ~nya. 2 rasa belas kasihan terhadap orang lain; suka menolong. penyantun orang yg halus budi bahasanya: Dia gadis yg peramah lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
santun (adjektif)
1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus,
Berantonim dengan kasar

2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang,
Berantonim dengan kejam

Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun,

Peribahasa

Jalan di tepi-tepi,
     benang arang orang jangan dipijak.

Bermaksud :

Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA AKTIF.BIJAK.SANTUN19322/2016TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN (MA 0187711-P)Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/12272Lulus21/04/201622/04/201611:51:38
TADIKA AKTIF.BIJAK.SANTUN19321/2016TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN (MA 0187711-P)Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/12271Lulus21/04/201622/04/201611:51:18
TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN.19320/2016TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN (MA 0187711-P) .Majlis Perbandaran SelayangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/12270Lulus21/04/201622/04/201611:50:59
TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN.19323/2016TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN. (MA 0187711-P)Pihak Berkuasa TempatanPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201604/12276Lulus21/04/201622/04/201611:54:51
MENCETAK SIGNBOARD DAN BANNER19318/2016TADIKA AKTIF. BIJAK. SANTUN. (MA 0187711-P) WWW.TADIKAABS.COM DIURUSKAN OLEH ABS NASYRAH PLT (LLP0001272-LGN)Majlis Perbandaran KajangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/12279Lulus21/04/201622/04/201611:56:54

Kembali ke atas