Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN KUALA SAWAH49766/2015RESTORAN KUALA SAWAH SELAMAT DATANGMajlis Perbandaran NilaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/07213Lulus07/12/201508/12/201508:51:55
RESTORAN KUALA SAWAH49480/2015RESTORAN KUALA SAWAH SELAMAT DATANGMajlis Perbandaran NilaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/07118Lulus07/12/201507/12/201514:10:59
Gamit 53.1 Racun Rumpai Pada Tanaman Padi29098/2017Berkesan pada tanah sawah kering Rumput Sambau, Rumput Miang, Rmput Para, Rumput Tahi Kerbau, Rumput Jenaleh, Tapak ItikPihak Berkuasa TempatanRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201705/17067Lulus17/05/201717/05/201715:36:47
Bancian SEACO 201717250/2017Pusingan Kemas Kini April 2017 - Ogos 2017 Kami akan membuat bancian kasihatan di setiap rumah: Kampung Sawah PadiPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/14214Lulus05/04/201705/04/201714:26:50
KARNIVAL AGROTAMAN 201514680/2015KARNIVAL AGROTAMAN 2015 9-10 MEI 2015 TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM AKTIVITI MENARIK KEJOHANAN PANAH SAKTI, BOLA BERACUN SAWAH, PERTANDINGAN MEMANCING TRADISIONAL (KANAK-KANAK), ACARA MEMBUAT DAN MEMBALING BOLA TANAH LIAT, JAMBORI BASIKAL BUKIT, PMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/07465Lulus17/04/201520/04/201514:57:37

Kembali ke atas