Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : beberapa buah takal yg digunakan utk mengangkat benda-benda berat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.


Lihat selanjutnya...(317)
Peribahasa

Sayang garam sececah,
     busuk kerbau seekor.

Bermaksud :

Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TASKA MAMA SAYANG6653/2017TASKA MAMA SAYANG TASKA*TRANSIT*PENGANGKUTAN V-00-001 DAN 002, GOODYEAR COURT 2, JALAN USJ6/1, 47610, SUBANG JAYA. HUBUNGI: DIMILIKI OLEH: MAMA SAYANG SDN. BHD.Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201702/10789Lulus08/02/201708/02/201712:41:51
Kasih Sayang25542/2016Kasih Sayang Membuatkan anak-anak tersenyum riang bersama fiffyMajlis Daerah Hulu SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201605/12711Lulus24/05/201625/05/201611:19:39
SAYANG TILING SDN. BHD.37015/2016PERKATAAN ''SAYANG'' DIGUNAKAN SEBAGAI SATU DAYA TARIKAN DAN MUDAH DIINGATIMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/07636Lulus29/07/201601/08/201608:49:18
Sinaran Kasih Sayang1598/2016Sinaran Kasih Sayang Membuatkan Senyuman Lebih Riang Ceria Bersama-sama FiffyMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/08523Lulus12/01/201612/01/201611:43:53
Rasa Sayang Alaa Cafe16580/2014* Rasa Sayang Alaa Cafe *Nasi ala kak wok, sup daging, sup ayam, sup tulang, sup perut, sup ekor *No 9, Jalan Sena 11, Taman Rinting 81750 Masai, JohorMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/05656Lulus20/07/201423/07/201415:12:51
KAFE MAMA SAYANG22625/2017KAFE MAMA SAYANGMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/16561Lulus15/04/201717/04/201713:05:56
RESTORAN d'SAYANG Taipan404/2016RESTORAN d'SAYANG Taipan Dimiliki oleh LAKHS DINERS SDN. BHD. (755735-X)Majlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/07636Lulus05/01/201605/01/201614:35:42
Taska Mutiara Hati Sayang59706/2016Taska Mutiara Hati SayangMajlis Perbandaran Pasir GudangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201611/15025Lulus26/11/201629/11/201613:52:54
Pusat Jagaan Cerdik Sayang41604/2015Pusat Jagaan Cerdik Sayang Little Bell Prasekolah Pengasuhan AnakTiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/09131Lulus19/10/201520/10/201511:04:31
SAYANG MELODI SDN BHD4023/2015KEDAI KEPERLUAN KANAK-KANAK SAYANG MELODI SDN BHDMajlis Perbandaran NilaiKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/04479Lulus29/01/201504/02/201515:22:48
123456

Kembali ke atas