Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.but] | سبوت

Definisi : bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.but] | سبوت

Definisi : ; menyebut 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar me­nyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebut

Puisi
 

Bintang tujuh tinggal enam,
     Gugur sebiji di Gunung Daik;
Hilang sebut tinggal senam,
     Baru tahu emas tak baik.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Mati enau tinggal di rimba.

Bermaksud :

Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Lori Sewa3522/2017Sebut Harga PercumaPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13728Lulus18/01/201719/01/201709:29:38
Lori Sewa3722/2017Sebut Harga PercumaPihak Berkuasa TempatanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201701/13956Lulus19/01/201720/01/201711:07:06
Percuma58704/2016Mengukur sebut harga pemasangan kusyenTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/14107Lulus22/11/201623/11/201614:17:38
STING51999/2015Mudah di sebut, senang di ingat, nama sesuai untuk produk yang dijual contohnya baju sukan, peralatan sukan dan lain-lain . Logo menggunakan warna merah senang di lihat dari jauh , senang diingat , melambangkan bersemangat , melambang kuat (barang-barang)Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201512/09795Lulus28/12/201529/12/201507:58:52
kh cushion trading94/2017Percuma Sebut Harga membaiki sofa dan kusyenMajlis Bandaraya Melaka BersejarahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11241Lulus02/01/201704/01/201708:40:32
PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBINAAN43696/2015KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI SEBUT HARGA PERCUMA HARGA BOLEH DIRUNDING Kepakaran Kami : Pengubahsuaian Rumah Pembinaan Rumah Memasang Paip Pendawaian Kerja-kerja Mengecat Pemasangan Jubin dan Mozek Pemasangan Awning (Atap) dan SMajlis Daerah Kuala SelangorMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/05849Lulus30/10/201502/11/201508:29:10
AURA MINI MARKET4310/2015Mudah di sebut dan mudah di ingati. SYARIKAT BERAS JATI AKAN SPONSOR PAPAN IKLAN INI NANTIMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/05207Lulus10/02/201510/02/201516:07:05
BUTIK DAN KAFE BARA BERE3671/2015MUDAH UNTUK DI SEBUT DAN DI INGATIMajlis Perbandaran Alor GajahButikTiadaDBP/KPB/201501/07160Lulus30/01/201530/01/201510:33:06
BUTIK DAN KAFE BARA BERE3670/2015MUDAH UNTUK DI SEBUT DAN DI INGATIMajlis Perbandaran Alor GajahButikTiadaDBP/KPB/201501/07159Lulus30/01/201530/01/201510:32:48
KEDAI GUNTING RAMBUT BOSS52126/2016SENANG DI SEBUTMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/14111Lulus21/10/201624/10/201608:30:10
12

Kembali ke atas