Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.leng.ga.ra] | سلڠݢارا

Definisi : ; menyelenggarakan 1. mengu­rus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselengga­rakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, me­nge-lo­la­kan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.leng.ga.ra] | سلڠݢارا

Definisi : ; menyelenggara mem­buat kerja-kerja serta mengurus su­paya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan di­mulakan segera. menyelenggarakan mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. terselenggara dpt atau sudah diselenggarakan; terurus. penyelenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggara atau menyelenggarakan sesuatu: ~ se­minar tsb telah berjalan dgn lancar. penyelenggara orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT SELENGGARA MOTOR8142/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201804/19562Lulus28/08/201511/04/201817:34:06
Jawatan Kosong/Job Vacancy14309/2017JAWATAN KOSONG/JOB VACANCY 1. PENYELIA / SUPERVISOR 2. JURUTEKNIK SELENGGARA / MAINTENANCE TECHNICIAN 3. PEMBANTU TEKNIK DAN MAKMAL / TECHNICAL ASSISTANT, LAB 4. OPERATOR PENGELUARAN / PRODUCTION OPERATOR 5. PEKERJA AM / GENERAL HAND TEMU DUGA TERBUMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/16193Lulus14/03/201715/03/201711:24:42
Jawatan Kosong/Job Vacancy14308/2017JAWATAN KOSONG/JOB VACANCY 1. PENYELIA / SUPERVISOR 2. JURUTEKNIK SELENGGARA / MAINTENANCE TECHNICIAN 3. PEMBANTU TEKNIK DAN MAKMAL / TECHNICAL ASSISTANT, LAB 4. OPERATOR PENGELUARAN / PRODUCTION OPERATOR 5. PEKERJA AM / GENERAL HAND TEMU DUGA TERBUMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/16191Lulus14/03/201715/03/201711:23:22

Kembali ke atas